Velodrom Cheras selamat

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memberi jaminan Velodrom Kuala Lumpur di Cheras dapat digunakan sepenuhnya untuk Grand Prix (GP) Trek Asia Tenggara 2015 yang bermula hari ini tanpa sebarang masalah.
“Kita dah buat ujian di trek tersebut sejak hari Ahad lagi dan pelumba-pelumba tempatan mahupun luar negara juga telah membuat latihan di sana. Semuanya berjalan lancar.
“Kita ucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memberi kelulusan untuk menganjurkan perlumbaan ini dan memberi sumbangan kewangan sebanyak 35 peratus daripada jumlah kos kerja-kerja baik pulih dan selenggara.
“Saya harap, semua pelumba tempatan yang menyertai perlumbaan ini dapat merangkul kejuaraan.
“Sebab kejohanan ini dianjurkan adalah untuk persediaan mereka sebelum ke kejohanan trek Piala Dunia hujung tahun ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Terdahulu, PKBM terpaksa mengejar masa untuk memulihkan keadaan Velodrom Kuala Lumpur memandangkan kejohanan tersebut bakal bermula kurang dari seminggu.
Sementara itu, jaguh trek negara, Azizulhasni Awang tidak mahu melepaskan peluang untuk merangkul kejuaraan dalam GP Trek Asia Tenggara berikutan berlumba di hadapan penyokong sendiri.
“Persediaan setakat ini baik seperti biasa. Bagi saya, kejohanan ini sebahagian daripada latihan dan persediaan utk kejohanan dunia siri pertama di Cali (30 Oktober hingga 1 November) nanti.
“Harap saya boleh meraih kemenangan kerana bertanding di tempat sendiri,” kata pelumba yang sinonim dengan jolokan The Pocket Rocket Man itu.
Nada yang sama diberikan ratu trek negara, Fatehah Mustapa yang mahu memanfaatkan peluang dalam kejohanan tersebut.
Fatehah bagaimanapun enggan mendabik dada menerusi kejayaan tiga emas dalam Piala Trek Jepun, bulan lalu dan mahu berwaspada dengan ancaman pencabar dari negara lain.
“Sasaran saya mestilah menjadi juara. Apa pun, saya tidak mahu memandang rendah dengan kemampuan pelumba lain. Saya akan cuba membuat kayuhan yang cemerlang esok (hari ini),” katanya.
http://www.utusan.com.my/sukan/berbasikal/velodrom-cheras-selamat-1.125538#sthash.BmnQTCoW.dpuf
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: Lain
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home