Monday, August 17, 2015

De Gea dibayar £12juta oleh Real Madrid supaya kekal di Manchester United?


Pelik bukan. Sebenar-benarnya, Real Madrid sememangnya memerlukan De Gea untuk menjaga gawang mereka daripada dibolosi. Rekod De Gea di Manchester United sangat memberangsangkan. Tapi apa yang pelik, kalau betul-betul hendak akan khidmat De Gea, kena perlu membayar De Gea  untuk kekal di Manchester United. Malah dibayar pula £12juta?

Sebenarnya, sifir pengiraan Real Madrid mudah sahaja. Kontrak De Gea akan tamat pada tahun hadapan. Setelah tamat kontrak, De Gea boleh berhijrah ke mana-mana sahaja sebagai 'free agent'. Perpindahan selepas tamat kontrak tidak dikenakan sebarang sen pun. Jadi, sekiranya Real Madrid meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan De Gea pada tahun hadapan, berkemungkinan, mereka akan dapatkan De Gea secara percuma.


Real Madrid pernah mendapatkan respon daripada Manchester United mengenai nilai perpindahan De Gea. Real menawarkan £25juta, namun sebaliknya, Manchester United mahukan £35juta sebagai yuran perpindahan yang mana jumlah tersebut tidak dapat ditunaikan oleh Real. Maka strategi untuk mendapatkan De Gea dengan harga yang lebih murah dilakukan.

Tawarkan £12juta kepada De Gea untuk kekal di Manchester United, dapatkan De Gea secara percuma pada tahun berikutnya. Dengan itu, Real akan dapat jimat untuk sekurang-kurangnya £22juta dan dapat pemain yang hebat iaitu De Gea secara percuma.

Hahahhahaha... Hebatkan teknik mereka?

Mungkin ada yang mempersoalkan, apa susah, tawarkan sahaja kontrak yang baru kepada De Gea dengan gaji yang lumayan. Tetapi jangan dilupa, De Gea telahpun mendapat 'derma' daripada Real Madrid sebanyak £12juta. Apa da hal dengan kontrak baru Manchester United.

Aku jangkakan, musim ini akan menjadi musim peranginan dan perlancongan kepada De Gea.

hahahahaha...



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget