Korang cuba baca artikel kat bawah nie... Aku baca tadi pun, panas ja. Tah apa-apa tah. Ayat mamat nie seolah-olah mengugut kalau korang tak pilih aku, sukan Malaysia akan berada dalam keadaan bahaya. Dah goyang ler tew.. Ayat pun macam Jibby jer.. Zahanam tul..
Aku lebih berpendirian terbuka. Kalau kau rasa kau layak kerana merit, maka tak perlulah buat statement bangang macam nie. Kalau ada orang bertanding, maknanya apa? Maknanya orang pun dah bosan dengan ko punya birokrasi dan kepimpinan. Tambahan pula ko buat statement macam nie, seolah-olah ko pun tak yakin dengan prestasi ko sendiri. Malah ugut pulak seolah-olah kat Malaysia nie tak ada orang yang lebih layak daripada ko..
Dah 17 tahun kot ko kat situ... agak-agak la....
Malaysia berdepan risiko hilang keanggotaan dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) jika Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar gagal mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan barisan kepimpinan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Sabtu ini.
"Seandainya saya kalah jawatan presiden, Malaysia akan hilang wakil dalam IOC. Sebagai individu, saya tiada masalah tetapi bagi Malaysia dan pengaruhnya di dunia, ia tidak baik," kata Tunku Imran kepada Bernama pada Khamis.
"IOC mempunyai 115 anggota dan 15 anggota adalah daripada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) di mana MOM adalah salah satu daripadanya," katanya.
Dalam hal ini, katanya, usaha untuk meningkatkan nama Malaysia di persada dunia bukan suatu tugas yang mudah.
Menurut peraturan IOC, keanggotaan IOC adalah berdasarkan pemilihan.
Keanggotaan diperuntukkan khusus untuk atlet dan pemimpin sukan Persekutuan Antarabangsa (IF) dan NOC.
Sejak 12 Dis 1999, jumlah keahlian IOC dihadkan kepada 115 anggota dengan maksimum 70 individu sebagai anggota, 15 atlet aktif, 15 wakil IF dan 15 wakil NOC.
Tunku Imran dilantik sebagai anggota IOC pada sesi IOC ke-118 pada Februari 2006 di Turin, Itali.
Beliau juga memegang jawatan dalam Suruhanjaya IOC dalam portfolio Sukan dan Undang-Undang (2002-2014), Sukan Untuk Semua (2006-2015) serta Sukan dan Masyarakat Aktif (2015-sehingga usia 70 tahun).
Had umur sebagai anggota IOC adalah 70 tahun. Tunku Imran kini berusia 67 tahun.
Terdahulu, ketika menjadi tetamu dalam program bual bicara 'The Nation' terbitan Bernama TV, Tunku Imran menasihatkan kesemua perwakilan membuat keputusan tepat pada pemilihan MOM nanti.
"Saya sentiasa meningatkan diri bahawa saya tidak akan bertanding sebarang jawatan apabila menjangkaui usia 70 tahun. Ini adalah salah satu alasan saya dan ini adalah penggal terakhir saya," katanya.
Selepas 17 tahun, Tunku Imran, yang menyandang jawatan presiden MOM sejak 1998, akan dicabar buat pertama kali pada pemilihan untuk penggal 2015-2017.
Ahli kerabat diraja Negeri Sembilan itu akan dicabar oleh Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.
-- BERNAMA
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit