Liga Super Malaysia pastinya akan menjanjikan beberapa perlawanan yang menarik untuk disaksikan. Perebutan juara antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang pastinya mendebarkan. Selain itu, perebutan tempat ketiga antara Selangor, Felda United, Terengganu dan Polis juga pastinya yang dinantikan oleh rakyat Malaysia.
Preview perlawanan Liga Super Malaysia 19 Ogos 2015
PAHANG (2) vs FELDA UNITED (0)
Diatas kertas pastinya Pahang diberikan Pilihan untuk muncul juara kerana akan beraksi ditempat sendiri. Namun begitu, perlu diingat Felda juga mempunyai misi untuk sekurang-kurangnya menamatkan Liga di tempat ketiga.
JOHOR DARUL TAKZIM (2) vs PERAK (1)
Jdt pastinya inginkan kemenangan untuk terus menghimpit pasukan Pahang bagi merangkul kejuaraan Liga musim ini. Aksi pasukan Perak yang mula terumbang ambing pastinya memberikan kelebihan kepada JDT.
SELANGOR (1) vs KELANTAN (1)
Selangor sudah semestinya mempunyai kelebihan apabila beraksi di tempat penyokong sendiri. Kelantan yang baru memenangi kemenangan besar minggu lalu terhadap JDT pastinya ingin meneruskan momentum kemenangan.
SARAWAK (1) vs LIONS XII (1)
Sarawak sudah pastinya mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri. Setakat ini hanya sekali sahaja Sarawak kalah di tempat sendiri. Pasti semangat Ngap Sayot mampu memberikan kemenangan kepada Sarawak.
SIME DARBY (1) vs ATM (1)
Perlawanan ini sudah tiada erti lagi buat pasukan sime darby kerana telah tersingkir ke kancah Liga Premier musim hadapan. Tapi perlu ingat mereka tetap berazam untuk mencatatkan kemenangan pertama mereka musim ini.
TERENGGANU (3) vs PDRM (0)
Kedua-dua pasukan pastinya ingin mencatatkan kemenangan bagi merebut kedudukan 3 teratas liga. Tapi admin memilih Terengganu kerana rekod beberapa perlawanan terakhir mereka.
* dalam kurungan ramalan admin mengenai perlawanan Liga Super 19 Ogos 2015.
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit