Wednesday, March 11, 2015

Southampton FC, akademi bola sepak yang paling berjaya.


Setelah membawa Gareth Bale, Theo Walcott malah Alan Shearer pada suatu ketika dahulu, kini Saint meneruskan era prnghasilan bintang-bintang terkemuka. Pada awal musim yang lalu, Saint telahpun menjual Adam Lallana, Calum Chambers dan Luke Shaw, dan memalui penjualan ini, Saint dilihat telapun memberi pulangan kewangan yang lumayan kepada kelab.

Chambers ke Arsenal manakala Shaw ke United
Jika dibandingkan antara kelab-kelab di eropah, Southampton kini boleh dinobat sebagai kelab yang paling banyak menjana keuntungan daripada penjualan pemain-pemain muda kepada kelab-kelab terkenal. Malah, Southampton telahpun mengatasi kelab-kelab ternama lain seperti Real Madrid, FC Barcelona, Bayern Munich mahupun Manchester United.


Daripada kajian  International Centre for Sports Studies’ (CEIS) Football Observatory, menyatakan bahawa Southampton telahpun menjana $100 juta hasil daripada perpindahan pemain, lebih banyak jika dibandingkan dengan kelab-kelab di eropah yang lain. .

Kelab dari Perancis, Lille menjadi kelab kedua selepas Southampton, yang berjaya menghasilkan bakat-bakat muda seperti Eden Hazard, Divock Origi, Matheiu Debuchy

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget