Program Pembangunan Bola Sepak Negara bersama Planet Bola, TV3
Program
 Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) telah dirasmikan olah Perdana 
Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib
 Tun Abdul Razak pada 10 April 2014 tahun lalu. Program ini merupakan 
satu inisiatif gandingan Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian 
Belia dan Sukan, serta Persatuan Bola Sepak Negara untuk mendidik dan 
melahirkan lebih ramai pemain bola sepak daripada
 golongan kanak-kanak. Justeru, sebagai rakan media kepada Program 
Pembangunan Bola Sepak Negara ini, dengan tangan terbuka, TV3 akan 
menggalas tanggungjawab sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia 
untuk mempromosikan PPBN dengan mengadakan satu program
 setengah jam, sebanyak 30 episod dinamakan Planet Bola yang bakal 
bermula pada 14 Mac 2015, setiap Sabtu pada jam 5.30 petang.
Menepati
 dengan misi PPBN, untuk mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola 
sepak yang sistematik dan menyeluruh
 ke arah meningkatkan kuantiti serta kualiti pemain bola sepak negara, 
melalui Planet Bola, TV3 sedia membantu untuk mewar-warkan perkembangan 
dunia bola sepak dan khususnya perkembangan PPBN. TV3 juga berhajat 
untuk membantu PPBN untuk merekrut peserta-peserta
 baru dengan program Planet Bola ini. Ini sebagai tanda sokongan TV3 
terhadap PPBN yang ingin melatih 52,000 pemain menjelang tahun 2020.
Menurut
 Pengurus Besar Kumpulan, TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin “Planet bola 
ini diwujudkan demi menaikkan
 martabat sukan bolasepak negara dari usia yang awal lagi. Ibarat 
melentur buluh biar dari rebungnya, inisiatif PPBN ini wajar diberi 
perhatian. Oleh itu, TV3 akan menggalas tanggung jawab ini agar orang 
ramai tahu akan inisiatif PPBN ini, lantas mengalu-alukan
 lebih banyak penglibatan dan penyertaan golongon muda kita.”
Setiap
 episod merangkumi tiga segmen dan akan disiarkan selama 30 minit dengan
 anggaran 10 minit setiap
 segmen. Program ini akan memuatkan rangkuman mingguan aksi liga-liga 
peringkat umur 7 – 17 tahun dan mengenali bakat-bakat baru yang 
berpotensi di masa hadapan untuk menyemarakkan kemeriahan kebangkitan 
generasi baru bolasepak negara. 
Saksikan gelagat adik-adik kita beraksi dan ikuti perkembangan
Program 
Pembangunan Bola Sepak Negara dalam program Planet Bola, setiap Sabtu 
bermula 14 Mac 2015 pada jam 5.30 petang hanya di saluran 103 yang 
sentiasa bersamamu,
 TV3.
-MEDIA PRIMA, TV3 
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Labels: info


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home