Segalanya sudah sah. Wah, makin mantap JDT sekarang. Satu usahasama dalam pembangunan bola sepak dari akar umbi. Malaysia memang ketinggalan sebenarnya. Thailand sudah lama menjalinkan usahasama dengan Sepanyol menerusi kelab Atletico Madrid bersama Muangthong United. Dan dari sini kita dapat lihat, Teerasil Dangda berjaya mencuri tumpuan kelab Sepanyol, Almeria yang di pinjamkan. Teerasil adalah rakyat Thailand yang PERTAMA bermain di kelab Sepanyol.
Semoga akan lahir bakat besar dari Malaysia suatu hari nanti.
JDT sah jalin kerjasama dengan Borrusia Dortmund
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHA SAMA DAN SIDANG MEDIA JDT DAN BVB
Perjanjian usaha sama antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Borussia Dortmund (BVB) telah dimeterai secara rasminya pada 12hb Mac 2015 bertempat di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. Majlis sidang media dan menandatangani perjanjian tersebut telah mendapat perkenan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
Mr Carsten Cramer selaku Pengarah Pemasaran dan Jualan BVB, mewakili Borussia Dortmund menandatangani perjanjian tersebut. Turut serta adalah Mr Edwin Boekamp (Ketua Pembangunan Belia), Mr Andreas Barth (Jurulatih), Mr Benedict Scholz (Ketua Perhubungan Antarabangsa), Ms Annika Gollub (Pengurus Perhubungan Antarabangsa), Mr Suresh Letchmanan (Ketua Perwakilan Asia) dan juga lagenda bola sepak Karl-Heinz Riedle selaku Duta Antarabangsa BVB.
Menerusi perjanjian tersebut, antara usaha sama yang bakal terbentuk adalah dari segi perkongsian kepakaran dan kejurulatihan, maklumat berkaitan latihan dan taktikal, pertukaran pemain pada masa akan datang dan banyak lagi yang bakal memberikan impak positif dalam pembangunan bola sepak negeri Johor. Turut hadir memeriahkan majlis adalah wakil penyokong Harimau Selatan iaitu Boys Of Straits yang memberikan satu petanda sokongan penyokong terhadap usaha JDT. Luaskan Kuasamu Johor!
~johorsouthertigers~
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit