Walaupun agak lambat untuk post ni, tapi aku tetap nak share insiden di Serie A minggu lepas. Game antara AS Roma vs Chievo Verona yg berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.
Highlights dalam game ni bukan pada gameplay atau jaringan, tetapi pada satu insiden ngeri yang menghantui setiap pemain bola sepak.
Terbaru, Federico Mattiello, pemain berusia 19 tahun yang dipinjamkan dari Juventus ke Chievo mengalami kecederaan patah kaki setelah tackle 50-50 daripada Radja Nainggolan. Insiden tersebut merupakan sesuatu yang agak ngeri untuk pemain di padang ketika itu.
Radja Nainggolan dalam kenyataannya menegaskan bahawa beliau tidak menyedari kejadian itu dan langsung tidak berniat untuk mencederakan Mattiello.
Namun, sikap Radja Nainggolan wajar dipuji. Nainggolan telah pun memintak kepada pihak pengurusan Chievo untuk mendapatkan nombor telefon Mattiello dan meminta maaf atas kejadian tersebut.
Sememangnya kecederaan sebegini merupakan career ending untuk seseorang pemain bola sepak, Namun, tidak semestinya. Contoh terbaik pemain yang patah kaki dan pulih dan masih bermain seperti Aaron Ramsey dan Eduardo da Silva. Djibril Cisse juga tidak terkecuali. Huhu
Dari gambar di atas tengok gervinho pun tutup kepala tengok injury mcm tu. Ngeri woi!
Kini, Federico Mattiello sudahpun dirawat oleh sekumpulan doktor dari Juventus dan beliau berterima kasih kepada semua yang menyokong dan memberinya semangat semasa insiden tersebut berlaku.
Maaf, content adalah BAHAYA untuk yang lemah jantung.
-bergkamp-
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit