Friday, August 15, 2014

Antonio Conte kini pengendali pasukan Itali.

Antonio Conte kini akan mengemudi pasukan Itali setelah meninggalkan Juventus bulan lepas. Conte dilihat menggantikan Cesar Prandelli setelah Itali tersingkir daripada saingan peringkat kumpulan  Piala Dunia 2014. Malahan Conte akan berdepan beberapa cabaran terbaru terutamanya pasukan Itali itu sendiri dan juga dalam menghadapi kelayakan Euro 2016 yang akan berlangsung di Perancis


Walaupun Conte terpalit dengan perbagai isu semasa dan selepas beliau meletakkan jawatan di Juventus, namun ia tidak menghalang Persatuan Bola Sepak Itali untuk melantik Conte untuk menerajui Itali. Bekas pengurus Juventus berhenti dari posisi pengurusan walaupun telah memenangi 3 kejuaraan Serie A berturut-turut.

Semasa perlantikkan Conte dalam pengurusan Itali, Persatuan Bola Sepak Itali telah menegaskan bahawa Conte akan menerima bonus sekiranya Itali layak ke Euro 2016 dan bonus tambahan apabila ranking Italy meningkat sekurang-kurangnya lima anak tangga lagi bonus tambahan apabila Itali layak ke Final Euro 2016.


Dalam ranking FIFA, Italy kini berada di kedudukan  14.


-luis Garcia-


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget