Friday, August 15, 2014

Stylo Sport League: 33 pasukan sudah mendaftar... Anda bila lagi??

Aku sebenarnya tak sangka mendapat sambutan sebegini rupa. Apapun aku ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi untuk berfantasy bersama-sama kami untuk musim 2014-2015. Untuk pengetahuan korang semua, ini merupakan musim pertama fantasy bersama Stylo Sport League. Aku akan berbincang dengan admin-admin yang lain untuk memberikan hadiah kepada mereka yang memenangi Stylo Sport League ini.


Antara hadiah yang akan aku cadangkan menanti pemenang kali ini, berkemungkinan jersey siam, Piala Liga Stylo dan sijil penghargaan. Mungkin. itupun bergantung kepada keadaan. Aku sebenarnya tak berani janji, tapi akan diusahakan.

Mengenai penaja-penaja yang berminat untuk menaja kami daripada segi hadiah, anda juga dialu-alukan. Sebenarnya, kami pun sengkek, oleh itu kami juga mengharapkan penajaan dari anda. Setiap tajaan anda akan kami berikan semula kepada peminat-peminat Stylo Sport demi merancakkan blog kami yang tidak seberapa ini. Tajaan dalam bentuk apapun kami tak kisah.

Boleh hubungi kami di email, stylosport2014@gmail.com.

-luis Garcia-


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget