Friday, August 15, 2014

Hukuman ke atas Suarez dikekalkan tetapi....


Rayuan hukuman ke atas Luis Suarez dilihat tidak berubah, namun Suarez kini dapat berlatih dengan rakan sepasukan setelah Tribunal FIFA membenarkan Luis Suarez untuk berlatih bersama pasukan FC Barcelona. Suarez juga boleh  bermain untuk pasukan Barcelona dan Uruguay hanya untuk perlawanan persahabatan atau perlawanan promosi sahaja.

Dengan keputusan tribunal tersebut, Suarez dapat bermain bersama pasukan Uruguay dalam perlawanan persahabatan menentang Japan, Korea Selatan dan Arab Saudi pada bulan September dan October. Manakala untuk perlawanan bersama Barcelona, Suarez hanya dapat bermain perlawanan pra musim menentang pasukan kelab Mexico, Leon di Nou Camp pada Isnin minggu hadapan.

Namun, Luis Suarez akan bermain untuk Barcelona semula pada perlawanan ke 12  yang mana dalam perlawanan el Clasico menentang Real Madrid.

Luis Suarez telahpun dijatuhkan hukuman dimana beliau diharamkan sama sekali untuk bermain bola sepak malah tidak dapat berlatih bersama pasukannya selam 4 bulan kerana mengigit Giorgio Chiellini dalam perlawanan terakhir kumpulan D di Piala Dunia di Brazil.

-luis Garcia-



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget