Friday, August 15, 2014

Keputusan terkini Piala Malaysia 2014.

Berikut adalah keputusan penuh pusingan pertama kumpulan A, B, C dan D. Nampak gayanya, juara bertahan, Pahang memulakan langkah kanan  dengan jaringan yang besar iaitu empat gol. Dan kini menerajui kumpulan A dengan mata penuh.


Bagi kumpulan B, Sarawak dan Perak masing-masing berjaya menewaskan lawan masing-masing dengan jaringan tipis. Namun saingan masih terbuka luas untuk keempat-empat pasukan dan masing-masing ada peluang dalam kumpulan B.

Dalam kumpulan C, JDT dilihat menundukkan seteru tradisi, The Red Warrior dan jaringan tipis. Gol dijaringkan oleh Safiq Rahim, namun kemenangan tersebuit dibayar dengan nilai yang tinggi apabila penyerang sensasi JDT, Safee Sali terpaksa menjalani pemeriksaan malah terpaksa dirujuk di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur bagi memastikan tahap kecederaan yang dialaminya itu.


Dan pasukan Selangor, kini boleh mengukir senyuman hasil kemenangan menentang T-Team hasil jaringan pemain dan penyerang import mereka, Andik dan Rangel. Walaubagaimanapun, kumpulan D kini diterajui oleh PDRM dengan kemenangan mereka 3-0 terhadap kelab Sime Darby.

Sebenarnya, aku betul-betul ingin menganalisis perlawanan-perlawanan Piala Malaysia ini, tapi tak berkesempatan. Entahlah. aku cuba sedaya upaya, mungkin aku akan meminta pembaca-pembaca atau peminat negeri masing-masing memberikan analisa mereka ke Stylo Sport untuk di publishkan disini. Agak-agak, korang berminat tak?

Ganjaran. Buat masa sekarang, tak ada lagi kot sebab kami pun masih tak ada penaja rasmi...
huhuhuh... Tapi kalau berminat, korang boleh emailkan ke admin melalui email ini.

stylosport2014@gmail.com

Komentar dan pandangan anda yang bernas akan kami publishkan di Stylo Sport. Kalau ada komentar dan pandangan yang mengarut ataupun yang lawak, kami terima jua. bergantung kepada tahap karutan kan lawakan yang dihasilkan, kami akan jua publishkan di Stylo Sport, sbb kami pun selalu jugak mengarut...

Hahhahah...

-luis Garcia-

sumber gambar: http://www.mysumber.com

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget