Thursday, August 14, 2014

Hebat. Tahniah. Ranking bola sepak turun lagi....

Malaysia hebat... aku sesungguhnya berbangga dengan prestasi yang memberangsangkan. Adalah dengan ini, aku sememangnya terpegun dengan langkah-langkah yang diambil oleh FAM dalam memartabatkan sukan bola sepak negara....

Puiiii...


MALAYSIA menduduki tempat ke-155 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) bulan ini, yang  menyaksikan skuad negara turun empat anak tangga berbanding Julai.
Kedudukan itu berikutan kekalahan skuad Harimau Malaya 1-4 kepada Tajikistan pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan Jumaat lepas.

Menurut senarai yang dikeluarkan Fifa, pasukan Malaysia kendalian Dollah Salleh itu berkongsi tempat ke-155 bersama pasukan Puerto Rico.    

Malaysia berada di tangga ke-154 pada Januari, 150 (Februari), 141 (Mac), 142 (April), 145 (Mei), 153 (Jun) dan ke-151 dunia pada Julai.

Kedudukan terbaharu itu turut meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Guyana (153), Swaziland (158) serta St. Kitts and Nevis  pada ranking ke-159 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga untuk berada di tangga kelima di belakang Filipina (128), Vietnam (139), Singapura (152) dan Indonesia (153).    

Di peringkat Asia, Malaysia juga menurun tiga anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-29 daripada 46 negara.

Juara Piala Dunia 2014, Jerman, pula mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,736 mata.

Finalis Piala Dunia 2014, Argentina dan Belanda turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua dan ketiga terbaik apabila masing-masing mengutip 1,604 dan 1,507 mata.    

Kedudukan ranking Fifa itu melibatkan 209 negara. - Bernama
-luis Garcia-

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget