Friday, August 15, 2014

Tony Pulis tinggalkan Crystal Palace...

Tony Pulis kini meninggalkan Crystal Palace dianggap mengejutkan walaupun pada hakikatnya beliau berjaya membawa cabaran Crystal Palace di liga perdana Inggeris. Tambahan pula, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum EPL bermula.


Tindakan Pulis meninggalkan Crystal Palace dilihat sebagai protes terhadap kelab tersebut kerana Crystal Palace dilihat tidak begitu aktif dalam siri mendapatkan pemain-pemain baru untuk musim 2014-2015. Ketegangan tersebut dapat dilihat apabila beliau melemparkan kritikan dan ketidakpuas hatian beliau terhadap kelab dan pentadbiran kelab sehingga beliau meninggalkan kelab tersebut.

Jika dilihat dengan rekod beliau bersama Crystal Palace, Pulis boleh dikatakan pengurus yang berwibawa malah diiktiraf sebagai antara pengurus terbaik dalam Liga Perdana Inggeris. Pulis juga berjaya membawa kelab tersebut keluar daripada zon menyingkiran dengan berjaya menewaskan beberapa kelab gergasi seperti Arsenal, Chelsea malah Liverpool.

-luis Garcia-



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget