Wednesday, April 16, 2014

Arsenal kembali ke Top 4 EPL




Arsenal memanjat kembali ke tangga ke-4 liga apabila membenam West Ham United 3-1 di Emirates Stadium pagi tadi. Tapi, Arsenal terpaksa berputih mata sebentar selepas West Ham terlebih dahulu menghasilkan jaringan Matt Jarvis pada minit ke-40

Namun, Podolski membuktikan dirinya masih berbisa apabila menjaring 2 gol untuk Arsenal. Kaki kiri yang lethal ini ternyata menyusahkan penjaga gol West Ham, Adrian untuk menyekat serangan Arsenal yang menggila. 


Podolski 2-1
Gol menarik Podolski.

Tidak lupa juga Olivier Giroud yang hadir turut menjaringkan gol kedua Arsenal. Dengan jaringan kaki kanan yang cantik ternyata Giroud masih confident walaupun diulit pelbagai cerita dan khabar angin. Hasil hantaran Aaron Ramsey dan Santi Cazorla 


Giroud 1-1
Ada kaki rupanya Giroud. Hehe~

West Ham juga turut melancarkan serangan ke kubu Arsenal dengan Muhamed Diame dan Andy Carroll di hadapan, tetapi cubaan mereka dihalang Wojciech Szczesny dan banyak cubaan melewati palang.

-bergkamp-

Recent Comments Widget