Tuesday, April 15, 2014

Fernando Torres diintai Inter Milan


Fernando Torres, penyerang yang pernah meletup di EPL ini kini diintai Inter Milan dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan mereka dalam Serie A. Torres dijangkakan akan beralih arah jika dirinya tiada dalam perancangan skuad Chelsea musim hadapan.

Torres ternyata bergelut dalam prestasi semasa, dengan hanya 5 gol dalam musim ini sememangnya sangat mengecewakan. Berhijrah dari Anfield ke Stamford Bridge dengan rekod perpindahan sebanyak 50 juta pound, langsung tidak berbaloi.


Tambahan pula, Jose Mourinho lebih mengutamakan penyerang tua, Samuel Eto'o dan kini, Demba Ba menjadi perhatian Mourinho setelah prestasinya di Champion League dan EPL meningkat. 

Torres masih mempunyai kontrak selama 2 tahun, dan harga untuk memperolehi khidmatnya masih menjadi tanda tanya. Dengan Eto'o dan Demba Ba menjadi pilihan Mourinho, minat terhadap Torres dari Inter Milan semakin hangat.

Inter mahukan saya? Kita tengok dulu ok? hehe

Torres, pindah ja la. Mana la tau dekat Inter Milan meletup balik. Admin rindu Torres yang dulu. Hehehe~

-bergkamp-
Recent Comments Widget