Wednesday, April 16, 2014

Alfred Finnbogason, fenomena di Eredivisie




Liga Eredivisie. Ya, memang liga yang tak berapa terkenal dalam kalangan peminat bolasepak semasa. Dalam ranking pun, memang tak sehebat EPL, Serie A dan La Liga. Namun pemain yang lahir dalam Liga Eredivisie ni tidak kurang hebat dari yang lain.

Nama-nama seperti Luis Suarez (Liverpool), Christian Eriksson (Tottenham), Thomas Vermalaen (Arsenal), Robin Van Persie (Manchester United.) adalah pemain yang hebat dan mewarnai EPL walaupun datang dari liga yang berbeza.

ALFRED FINNBOGASON

Kini, bintang terbaru dari kelab Heerenveen, Alfred Finnbogason menjadi buruan kelab EPL. Aston Villa, Cardiff City dan Swansea City kini memantau pemain ini untuk musim akan datang.

Bagi admin statistik player ni agak menarik. Baru 25 tahun, penjaring terbanyak Eredivisie dengan 27 gol dari 29 perlawanan. Mempunyai 7 assist musim ini, angka yang agak decent untuk seorang penyerang. Bermain untuk negara Iceland, dan dikatakan mirip Eidur Gudjohnson.


Alfred, jika mahu ke England, anda dialu-alukan. Cuma kena tahan telinga sikit bila tak boleh skor goal ok? Hehehe~

-bergkamp-
Recent Comments Widget