Wednesday, April 16, 2014

Cech sindir Liverpool


"CHELSEA mampu atasi tekanan. Persoalannya, adakah Liverpool mampu?"

Itu kata-kata sinis penjaga gol Chelsea, Petr Cech mengenai keupayaan Liverpool menangani tekanan selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut Cech, skuad The Reds dibarisi ramai pemain muda dan cetek pengalaman. 


Katanya, situasi itu boleh menggugat peluang Liverpool untuk muncul juara liga buat pertama kali sejak 1990.

"Chelsea memiliki ramai pemain yang pernah merasai beberapa perlawanan yang boleh dianggap sebagai misi hidup dan mati. Pengalaman itu sudah tentu membantu kami bagi berdepan baki perlawanan selepas ini.

"Tapi, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Mungkin, buat masa ini Liverpool boleh menyerap tekanan sebagai pendahulu dan pilihan juara.

"Apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja adakah mereka mampu bertahan sehingga ke 'kayuhan' terakhir," ujar Cech.

Ketika ini, Liverpool yang berbaki empat perlawanan berada di puncak liga dengan 77 mata, manakala The Blues (berbaki tiga perlawanan) di tangga kedua dipisahkan dua mata.

Kedua-dua pasukan bertemu buat kali kedua musim ini pada 27 April depan di Anfield.
Recent Comments Widget