-->

Wednesday, April 16, 2014

Kalah bola, maruah tergadai. Only in Malaysia..

Apa yang aku nak tulis nie mungkin akan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan segelintir manusia yang bernama rakyat Malaysia. Kalah bola pun dah buat perangai macam orang tak dak akal. Aku tak faham apa yang korang nak tunjukkan sebenarnya. Nak bagitahu kata pengadil itu tidak adil? FAM tue bangang? Ada unsur rasuah? Cuba bagi tahu? Aku cuba nak memahami perassaan korang.

Ini sampai tahap wartawan pun cedera, FRU pun datang sembur air, cermin kena pecah, bas kena cat. Perangai korang kan, macam orang gila, korang tahu tak?

Mungkin ada provokasi yang menyumbang ke arah perlakuan sedemikan rupa, tapi kalau korang nie orang Islam, takan perangai macam nie korang tunjuk kat orang luar? 

WOI.. MALU LA SIKIT..

PERANGAI MACAM ORANG TAK DAK IMAN...


Aku memang tak berada di stadium pada waktu itu, tapi sekarang nie zaman dah canggih. sekejap jer info-info macam nie masuk dalam internet, contohnya Facebook. So aku copy paste sedikit sebanyak gambar dari alam maya tentang kejadian tersebut.

Kredit to bro brotherssam.blogspot.com atas gambar berikut.











Gambar yang aku kutip dari Facebook.






Aku singkapkan sikit berita dari media-media semasa sekali. Harap sesiapa yang membaca mengenai perkara ini boleh buat pertimbangan yang rasional mengenai perkara yang berlaku. Kalau korang tak puas ati, leh komen. Kalau korang ada pendapat sendiri pun leh komen. Aku open..


-luis Garcia-

Dari Utusan Malaysia:

Penyokong naik angin


Sebahagian daripada penyokong Perak yang marah dengan kekalahan pasukan mereka kepada Selangor menunggu jurulatih dan pemain di luar Stadium Perak di Ipoh, kelmarin.
IPOH - Sekumpulan kira-kira 500 penyokong Perak yang berang de­ngan prestasi buruk pasukan mereka, meluahkan kemarahan apabila cuba bertindak untuk bersemuka dengan jurulatih dan pemain selepas skuad Bos Gaurus kalah 0-1 kepada Selangor dalam aksi Liga Super di sini kelmarin.
Kumpulan penyokong berkenaan berkumpul di pintu hadapan Stadium Perak selepas perlawanan untuk me­nunggu jurulatih dan pemain Perak keluar dari stadium.
Sementara menantikan skuad Perak keluar stadium, kumpulan penyokong berteriak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi pasukan yang menyebabkan Perak kini menghuni tangga tercorot liga.
Antara yang disuarakan termasuk meminta pengurus pasukan, Datuk Azhar Ahmad dan jurulatih, Abu Bakar Fadzim meletakan jawatan.
Namun setelah hampir kira-kira 45 minit menunggu, pasukan Perak masih tidak keluar dari stadium.
Atas nasihat pihak polis dan kawalan daripada anggota Pasukan Simpan Persekutuan (FRU), penyokong mulai beredar secara beransur-ansur tanpa dapat bersemuka dengan pengurusan pasukan atau pegawai Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).
Selain daripada insiden tersebut, tinjauan Utusan Malaysia mendapati tiada penyokong Perak yang melakukan provokasi ke atas penyokong Selangor atau cuba mengganggu pemain pasukan lawan yang keluar dari dari stadium menuju ke bas pasukan.
Malah ada segelintir penyokong Perak yang menyerbu penjaring gol kemenangan Selangor pada perlawanan tersebut, Paulo Rangel sambil bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada penyerang dari Brazil itu.
Ia sebagai tanda penghargaan terhadap Rangel yang pernah me­nyarung jersi Perak musim lalu, sebelum menyertai Selangor.
Sementara itu, mengenai laporan berlaku kekecohan di antara kedua-dua penyokong selepas tamat perlawanan yang menyebabkan ada penyokong Selangor yang ce­dera, belum ada maklumat terperinci yang dikeluarkan oleh pihak polis.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi bagaimanapun berkata, satu sidang akhbar akan diadakan hari ini untuk menjelaskan beberapa kes termasuk dakwaan tercetusnya kekecohan penyokong kedua-dua pasukan.

Dari Berita Harian

Penyokong kecoh perlawanan Perak-JDT

Ipoh: Perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak sebentar tadi menyaksikan keganasan dilakukan penyokong hingga menyebabkan jurugambar NSTP, Supian Ahmad cedera dibaling objek dipercayai batu.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan penyokong salah satu pasukan terhadap pasukan lawan tetapi mengenai kaki Supian selepas Perak kecundang 0-1 di tangan pihak lawan.  
Sebelum itu penyokong JDT turut diarahkan untuk menunggu di dalam Stadium Perak sebaik perlawanan tamat bagi mengelak berlakunya insiden tidak diingini membabitkan kedua-dua penyokong.

Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut berkawal di laluan keluar kedua-dua penyokong bagi menyuraikan keadaan kekecohan yang dicetuskan.

Penyokong tuan rumah yang kecewa dengan kekalahan di tempat sendiri juga dilihat enggan meninggalkan persekitaran stadium meski diarahkan petugas keselamatan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Pasukan keselamatan terpaksa melepaskan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong yang enggan berganjak kerana mahu menunggu penyokong JDT keluar dari stadium.

Dari myMetro

Kecoh di Stadium Perak

Oleh Muhammad Apendy Issahak
Ipoh: Empat penyokong Perak ditahan polis kerana merusuh dengan membaling batu, suar, mercun dan pelbagai objek ke dalam padang serta penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menyaksikan pasukan mereka tewas 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini malam tadi.
Kekecohan itu turut mengakibatkan jurgambar NSTP Supian Ahmad dan beberapa penyokong JDT turut cedera akibat dibaling objek keras termasuk batu.

Harian Metro yang turut berada di Stadium Perak difahamkan, dua anggota polis termasuk FRU turut cedera pada mata dan kepala akibat dibaling batu oleh penyokong terbabit.

Kekecohan dikatakan mula tercetus di bahagian tempat duduk penyokong pelawat apabila sebahagian besar penyokong tuan rumah menyerbu dan membaling pelbagai objek.
FotoPOLIS terpaksa menahan sebahagian penyokong Perak dari menyerbu ke arah penyokong JDT.

Supian yang sedang merakamkan kekecohan itu turut menjadi mangsa apabila secara tiba-tiba dibaling batu oleh penyokong Perak mengakibatkan kecederaan ringan dan terpaksa diberi rawatan pasukan perubatan.

Situasi semakin tegang menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengarahkan penyokong JDT masuk dan berkumpul di padang bagi mengelak daripada dibaling dan bertembung dengan penyokong Perak yang semakin tidak terkawal.

Menjelang tengah malam ini, FRU mula menggunakan gas pemedih mata dan jentera menyembur air ke arah kumpulan penyokong Perak yang enggan bersurai manakala empat penyokong turut ditahan.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berada di stadium untuk memantau keadaan mengesahkan tangkapan penyokong Perak terbabit.

Keadaan mula reda apabila penyokong JDT diiring polis keluar dari stadium hingga menaiki bas mereka sebelum kenderaan polis turut mengiring mereka ke plaza tol Lebuhraya Utara Selatan.

Kekecohan malam ini bagaikan mendapat petanda awal apabila dua bas yang membawa pasukan dan penyokong JD disembur dengan cat bertulis 'This is Ipoh', pagi semalam.

Kedua-dua kenderaan itu yang diparkir di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel tempat pasukan pelawat menginap di Ipoh.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16
Dari Bernama

Jurugambar NSTP Cedera Dibaling Objek Keras Di Stadium Perak

IPOH, 15 April ( Bernama) -- Seorang jurugambar akhbar New Straits Times cedera di kaki akibat dibaling objek keras dalam insiden kekecohan selepas tamat perlawanan Liga Super Perak menentang Johor Darul Takzim (JDT) di sini malam Selasa.

Ketika kejadian, Supian Ahmad sedang merakam foto kekecohan yang berlaku di dalam Stadium Perak.

Sementara itu, kaki wartawan Sinar Harian Razif Rosli terkena mercun manakala seorang anggota polis cedera di mata akibat dibaling objek.

Selepas tamat perlawanan, penyokong JDT diminta agar tidak keluar dari stadium berkenaan terlebih dahulu kerana dikhuatiri berlaku kekecohan.

Bagaimanapun, kekecohan tetap berlaku yang menyaksikan penyokong kedua-dua pasukan saling membaling pelbagai objek keras serta mercun.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melontar gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong Perak yang tidak berganjak di luar stadium.

Polis terpaksa mengiringi empat bas yang dinaiki penyokong dan pegawai pasukan JDT ketika keluar dari pekarangan stadium.

Difahamkan, polis menahan empat penyokong Perak yang disyaki melakukan provokasi selepas perlawanan itu.

-- BERNAMA
Dari Sinar Harian
JDT vs Perak kecoh, wartawan Sinar cedera
  • JDT vs Perak kecoh, wartawan Sinar cedera Rakan wartawan yang turut trkena lontaran objek oleh penyokong yang tidak bertanggung jawab semalam
IPOH - Seorang wartawan Sinar Harian, Razif Rosli serta jurufoto sebuah akhbar  tempatan cedera dipercayai akibat terkena balingan objek ketika suasana kekecohan selepas tamat aksi Liga Super yang menyaksikan Perak tewas 0-1 kepada Johor Darul Taa'zim (JDT) di Stadium Perak, malam tadi.

Kekecohan bermula sejurus tamat perlawanan berkenaan hingga memaksa pihak keselamatan stadium serta pasukan polis simpanan persekutuan (FRU), bertindak bagi mengawal keadaan.

Beberapa penyokong Perak juga dilaporkan cedera dipercayai terlibat dalam kekecohan berkenaan.
Recent Comments Widget