Aku tak tipu, betul, aku bukan penyokong Chelsea. Untuk apa aku sokong Chelsea? Memang aku tak berminat pun dengan Chelsea. Sebab apa? Sebab diorang dah kuat kot. Baik aku sokong QPR yang sekarang tengah bergelut untuk kekal dalam EPL.
Hari pertama di London, aku ingat kami semua akan rehat-rehat, tidur-tidur, sambil mengambil masa untuk recover balik tenaga yang banyak dah dihabiskan dalam flight. Tapi apa yag berlaku apabila tiba di ibu kota London, adalah sebaliknya. Kami sudahpun memulakan pengembaraan kami di sini.
Tibanya di hotel, lebih kurang kul 1tengah hari. Hari masih muda, so kami semua dicadangkan oleh PR AirAsia, Mr Ash untuk makan-makan dulu dikota London. Makanan, fish and Chip. Iyalakan, makanan apa lagi nak jumpa kat London nie kalau bukan fish and chips. Dan tahap keyakinan untuk makan makanan tersebut sangat tinggi.
Selesai ja makan, yang mana perjalanan dari hotel ke kedai tersebut boleh tahan la jugak jauhnya, naik 'tube' bagai, kami pun saja nak jalan-jalan sekejap sebelum pulang hotel untuk berehat. Aku, dengan gatal tangannya meng'google map' kawasan tersebut dan mencari alamat Stanford Bridge. Pergh... Dekat ja beb. 10 minit kalau jalan kaki. Hahahaha... Aku akan ke stadium Chelsea. Dan aku bukan penyokong Chelsea.
Hahahhahah
Macam mana aku boleh tahu yang stadium Stanford Bridge hanya berdekatan, sebab semasa ke kedai fish n chips tadi, kami melalui satu kedai bar yang tulis Chelsea Company, dan aku tahu, selalunya istilah 'company' ini digunakan untuk bar yang mana penyokong-penyokong tegar lepak. Dan, selepas berjalan lebih kurang 10 minit ++, pun sampai. Hahahahha.. Home ground Chelsea, Standford Bridge.
Apa lagi, bergambar sakan lah kat situ, pastu masuk Chelsea store. Banyak jugak barang yang menarik, tapi aku tak layan sangat. Aku bukan fan pun. Hahahahaha
Setelah membuang masa kat tempat tue, kami semua pun berangkat pulang ke hotel. Letih gak badan. Badan dah start sakit-sakit dan, dan, dan, malam tue jalan lagi.... Arhhh.... Aku? Follow aja lah...