Kejohanan AFC: Malaysia B-15 jaring 21 gol tanpa bolos dalam 3 perlawanan
Malaysia B-15 bakal turun berdepan wakil tuan rumah Laos malam ini di Stadium Nasional Laos bagi menempah slot pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 Bawah 16 Tahun.
Malaysia hanya memerlukan satu mata dari perlawanan malam ini untuk layak.
Bagaimanapun, Laos tetap bukan lawan mudah terutama bakal beraksi di laman sendiri.
Malaysia memulakan kempen 14 September lalu dengan kemenangan besar menundukkan Northern Mariana 13-0 sebelum menewaskan Timor Leste 1-0 2 hari kemudian.
Ketika aksi ketiga kumpulan G, skuad kendalian P. Somasundram membelasah Filipina 7-0.
Penjaring terbanyak skuad negara setakat ini hadir menerusi Muhammad Izreen B. Izwandy dengan 5 gol.
Lebih membanggakan, skuad negara melalui tiga perlawanan setakat ini tanpa sebarang gol bolos.
Pusingan akhir kejohanan berkenaan akan berlangsung di India, tahun depan.
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit