'Cech'mate! Itu saja yg boleh dikatakan dalam perlawanan yang sememangnya agak mendebarkan bagi kedua-dua pasukan. Namun siapa sangka Arsenal mampu mengekang asakan Chelsea dengan begitu kemas sekali.
Arsenal turun berdepan Chelsea dengan meletakkan Walcott sebagai striker tunggal kerana pace dan anticipation beliau sangat diperlukan. Namun Walcott hanya melengkapkan 3 hantaran bola dan satu hantaran bola tersebut membawa kepada gol tunggal perlawanan ini.
Gol tunggal Arsenal datang melalui counterattack yang berjaya disudahkan oleh Oxlade-Chamberlain. Beliau melengkapkan larian di sebelah kanan sebelum menerima hantaran Walcott dan terus melakukan cutting inside penalty box untuk melepaskan rembatan kaki kiri. Gol tersebut agak outrageous bagi aku kerana Chamberlain menggunakan weak foot beliau untuk menewaskan Thibaut Courtois.
Secara kasarnya, Chelsea mempunyai possession ball yang jauh lebih tinggi sejak perlawanan dimulakan namun penyudah yang mengecewakan menyebabkan mereka dihukum Arsenal. Chelsea kelihatan lebih banyak menyerang di bahagian fullback kanan Arsenal (Hector Bellerin) pada separuh masa pertama kerana Chelsea mahukan Bellerin untuk menerima lebih banyak tekanan seterusnya membuat kesilapan. Sejujurnya taktikal ini berjaya pada separuh masa pertama namun tiada penyudah yang berkesan daripada Chelsea.
Ketiadaan Diego Costa amat dirasai. Walaupun Falcao hadir pada separuh masa kedua namun impactnya masih tiada yang significant. Bagi aku, player Chelsea yang paling bertenaga adalah Willian kerana workrate beliau serta anticipation beliau adalah terbaik. Bagi Arsenal pula, credit harus diberikan kepada Petr Cech kerana berjaya organize defensive line dengan begitu baik.
Mourinho jelas sekali begitu kecewa dengan kekalahan tersebut sehingga medal tempat kedua Community Shield dibaling beliau kearah penonton dan dikutip oleh peminat cilik di stadium. Sememangnya The Special One ini sangat bengang dengan kekalahan ini.
p/s: guna tab untuk menulis sangat senang.
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit