Thursday, July 30, 2015

Pandelela Layak Ke Sukan Olimpik 2016


Atlet terjun negara Pandelela Rinong Pamg meraih tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 selepas mara ke pusingan akhir Kejohanan Akuatik Dunia FINA Ke-16 bagi acara 10m platform wanita.

Pada pusingan separuh akhir hari ini, Pandelela berada pada tempat kelapan daripada 18 penerjun dengan mengumpul 338.10 mata di Aquatic Palace, Kazan, Rusia pada Rabu.

Hanya 12 penerjun sahaja yang layak meraih tiket ke Sukan Olimpik.

Menurut laman web rasmi kejohanan, www.kazan2015.com, acara terjun terus didominasi atlet dari China, Ren Qian dan Si Yajie, masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua dengan 423.15 mata dan 395.75 mata.

Sementara Kim Kuk Hyang dari Korea Utara menduduki tempat ketiga dengan 379.90 mata. Seorang lagi atlet negara, Nur Dhabitah Sabri berada pada kedudukan ke-14 dengan 316.40 mata.

Pusingan akhir acara tersebut akan berlangsung pada 7.30 petang, Khamis, waktu tempatan (12 tengah malam, Jumaat, waktu Malaysia).

-- BERNAMA

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget