-->

Monday, August 24, 2015

Jangan bersedih Tok Gajah

TERLEPAS peluang keemasan untuk menamatkan pe­nantian 11 tahun mengulangi kejayaan menjulang trofi Liga Super ketika bayangan kejuaraan itu sudah terlintas di hadapan mata, memang perit untuk ditelan oleh skuad Tok Gajah.
Pahang yang muncul juara sulung Liga Super diper­kenalkan pada 2004 terus kempunan untuk mengucup trofi kejuara­an itu buat kali kedua meskipun satu ketika menerajui liga pada musim ini untuk beberapa bulan.
Kekalahan kepada Terengganu 1-3 dalam perlawanan terakhir Liga Super 2015 di ge­langgang lawan, Sabtu lalu pada saat Tok Gajah memerlukan tiga mata penuh bagi menghidupkan peluang muncul juara, menyaksikan trofi idaman itu sekali lagi menjadi milik Johor Darul Takzim (JDT).
Walaupun tumbang 1-2 kepada Felda United di Stadium Maj­lis Perbandaran Sela­yang,  JDT berjaya merangkul kejuara­an buat tahun kedua berturut-turut dengan me­ngumpul 46 mata daripada ke­seluruhan 22 perlawanan, dua mata mengatasi Tok Gajah.
Sebelum itu, Pahang dikatakan mampu menentukan nasib berada di tangan mereka sendiri iaitu semasa saingan  berbaki dua perlawanan pada Rabu lalu jika mereka dapat memastikan kemenangan menentang Felda United di gelanggang sendiri.
Ketika itu, skuad kendalian Zainal Abidin Hassan menerajui Liga Super berbekalkan perbezaan jaringan ke atas JDT setelah kedua-dua pasukan terikat 43 mata. Namun, Pahang melepaskan peluang terbaik untuk kekal selaku pendahulu selepas sekadar seri dalam perlawanan berkenaan manakala JDT mengutip mata penuh setelah membenam Perak 4-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, sekali gus melonjakkan pasukan Harimau Selatan ke puncak Liga Super.
Hakikatnya, teka-teki pasukan mana yang muncul juara liga musim ini sudah terjawab dan Pahang perlu menerima kenyataan belum mampu mengakhiri penantian lebih satu dekad mengulangi kejayaan menjulang trofi dengan hati terbuka.
Biarpun terlepas gelaran, Tok Gajah wajar berbangga dan diberi pujian dengan komitmen serta usaha mereka untuk memburu kejuaraan berke­naan buat kali kedua.
Barisan pemain Pahang memberikan saingan sengit sehingga gelaran juara terpaksa ditentukan pada perlawanan terakhir tatkala pasukan-pa­sukan lain sudah jauh ketinggalan mata untuk bersaing di kelompok dua teratas menje­lang penghujung Liga Super.
Sepanjang kira-kira tujuh bulan saingan berlangsung yang melibatkan 22 perlawanan, skuad Tok Gajah memperoleh keputusan agak memberangsangkan dengan merekodkan 13 kemenangan, lima kali seri dan empat kekalahan.
Malah, pada saat terdapat pasukan mempunyai reputasi tinggi dalam saingan liga domestik mengalami prestasi pasang surut tidak lama selepas mereka meraih pelbagai kejuaraan, penyokong dan peminat Tok Gajah masih boleh menaruh harapan kerana Pahang dilihat mampu mengekalkan konsistensi persembahannya.
Apatah lagi reputasi yang dimiliki Tok Gajah pada masa ini sebagai antara pasukan gergasi bola sepak negara dibina menerusi kebangkitan selepas semusim beraksi dalam Liga Perdana 2012 dengan menempah slot terakhir Liga Super 2013 menerusi perlawanan play-off.
Namun, Pahang perlu memperkuatkan lagi skuadnya jika mahu mencabar kejuaraan pada musim depan kerana saingan semestinya lebih sengit termasuk dengan kemasukan dua pasukan baharu, Kedah dan Pulau Pinang dari Liga Perdana.
Dalam pada itu, berakhirnya Liga Super 2015 bermakna bermula cabaran memburu trofi Piala Malaysia yang akan membuka tirai tidak lama lagi.
Sehubungan itu, selaku penyandang juara, Tok Gajah perlu melupakan segera kekecewaan gagal merangkul trofi Liga Super musim ini, sebaliknya bangkit dengan memberi tumpuan kepada misi mempertahankan piala berprestij berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/tok-gajah-usah-putus-asa-cuba-lagi-musim-depan-1.127837#sthash.umhnNEEJ.dpuf

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget