Monday, August 10, 2015

Stoke City 0-1 Liverpool. Kemenangan pertama Liverpool musim 2015/2016.



Fuh... Nasib menang. Aku tengok semalam macam susah ja nak tebuk pertahanan Stoke City. Memang tak boleh penetrate langsung . Walaupun banyak hantaran-hantaran kemas, namun banyak berlegar ditengah padang.

Bagi aku, perlawanan semalam macam susah sangat nak gol, dan pasukan Stoke City dilihat lebih banyak melancarkan serangan kegawang Liverpool. Tak salah aku, ada beberapa cubaan yang aku rasa, memang boleh gol. Cubaan daripada Johnson (tersasar), tandukan Diof (tersasar jugak) dan ada satu cubaan tandukan daraipada set piece yang nampak macam nak gol dah. Nasib Mignolet power semalam.

Hahhahahah

Apapun, gol daripada Philip Continho memisahkan antara pasukan yang menang dan pasukan yang kalah. Gol yang cantik, dalam beberapa saat selepas mendapat hantaran daripada Gomez, kemudian melarikan diri daripada Whelan, terus menyepak deras kearah jaring Stoke City. Time tue la jugak mamak kedai dok sibuk bagi duit baki. Dan pada ketika dan masa tersebut, mata aku terarah kepada mamak tadi daripada gol Contiho.

Jilake tul... Nasib la ada replay. huhuhuh...

For Liverpool fan, semalam is a gud start. Kita tengok pulak game-game selepas ini. Firmino macam tak da manafaat lagi, Benteke, masih tercari-cari peluang. Tapi bola payah nak sampai kat mamat nie. Milner memang sempoi semalam. Henderson macam biasa. Long ball dia, memang awesome habis, tapi gol Continho la yang terbaik.

Next game, Bournemouth, 18 Ogos. (Macam villain dalam Harry Potter plak, Voldemort..)

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget