Thursday, July 9, 2015

‘Tangan ghaib’ memang wujud – Sathianathan

‘Tangan ghaib’ memang wujud – Sathianathan



Bekas pengendali The Red Warriors, B. Sathianathan (gambar) mendedahkan pengli­batan ‘tangan ghaib’ sememangnya wujud ketika beliau mengendalikan pasukan pada tahun 2009 dan 2010.


Sathianathan berkata, ganggu­an tersebut datang daripada bekas-bekas pemain dan individu yang tidak mempu­nyai kaitan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

“Gangguan ini hadir dalam bentuk cubaan mencampuri urusan kejurulatihan termasuk mengalihkan perhatian pemain.

“Paling ketara ketika itu ialah sentimen kenegerian yang cuba diwujudkan antara pemain tempatan dengan luar dari Kelantan.

“Bagaimanapun, saya berjaya ta­ngani masalah itu dengan kerja­sama Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa. Saya bagi tahu mereka jangan kacau tugas saya di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Pendedahan yang dibuat Sa­thianathan ini selari dengan pen­dedahan Mohd. Azraai Khor Abdullah, yang bertindak meletak jawatan, Ahad lalu gara-gara tidak sanggup melayani karenah individu yang sering mengganggu tugasnya.

Biarpun enggan mendedahkan siapa individu yang dimaksudkan, namun Azraai mengakui penat dengan kewujudan ‘tangan ghaib’ menyebabkan dia mengambil keputusan meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan.

Sementara itu, menurut sumber KAFA, biarpun tiada jawatan, namun individu-individu yang dianggap ‘tangan ghaib’ dipercayai mempunyai pengaruh kuat dalam persatuan, terutama membabitkan pemain import.

Kata sumber ber­­kenaan, Azraai ditekan oleh golongan tersebut bagi memas­tikan pemain yang dikehendaki me­reka diturunkan dalam setiap perlawanan.

“Ini bukan cerita baharu, ramai yang tahu, golongan ini memang menekan Azraai bagi memastikan pemain mereka diturunkan biar­pun pemain tersebut seperti Austin Amutu dan Erwin Carrillo tidak cergas.

“Pada masa yang sama, kita juga merasa pelik bagaimana tangan-tangan ghaib yang tidak mempu­nyai sebarang jawatan dalam KAFA boleh mendekati pasukan,” kata sumber ber­kenaan.

Kata sumber itu lagi, pihaknya tidak mengetahui untuk apa golongan tersebut mahu memastikan pemain tertentu diturunkan dalam setiap perlawanan.

Tambahnya, seluruh Exco KA­FA juga per­lu bertanggung­jawab atas kemelut itu kerana mereka membenarkan sekelompok individu berkenaan mendekati pasukan dengan begitu mudah.

“Apa keadaan sekali pun, matlamat tetap tidak menghalalkan cara. Dahulu tak ada (tangan ghaib) tetapi bermula tahun ini bermula episod buruk bola sepak Kelantan.

“Selagi KAFA mengambil sikap berdiam diri dan seolah-olah mengiyakan sahaja tindakan tangan ghaib itu, saya percaya bola sepak Kelantan akan jahanam sedikit masa lagi.

“Saya kesian kerana penyokong Kelantan sebenarnya tertipu dengan permainan belakang tabir ini,” ujarnya lagi.



http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-tangan-ghaib-8217-memang-wujud-8211-sathianathan-1.112127#sthash.vnIBYMZa.dpuf

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget