Tuesday, July 14, 2015

Senarai Pilihan Malaysia menentang Liverpool

Senarai Pilihan Malaysia menentang Liverpool



Berikut adalah senarai nama 20 pemain yang terpilih untuk membarisi skuad Pilihan Malaysia bertemu Liverpool bagi perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 24 Julai ini.

BIL
NAMA
POSISI
PASUKAN
1.
ZAMIR SELAMAT
PENJAGA GOL
PERAK
2.
KHAIRUL AZHAN KHALID
PENJAGA GOL
PAHANG
3.
AFIF AMIRUDDIN
PERTAHANAN
PDRM
4.
RAZMAN ROSLAN
PERTAHANAN
PAHANG
5.
YONG KUONG YONG
PERTAHANAN
PULAU PINANG
6.
ZUBIR AZMI
PERTAHANAN
TERENGGANU
7.
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM
PERTAHANAN
HARIMAU MUDA B
8.
NASIR BASHARUDDIN
TENGAH
PERAK
9.
BADDROL BAKHTIAR
TENGAH
KEDAH
10.
AZAMMUDDIN AKIL
TENGAH
PAHANG
11.
AHMAD SYAMIM YAHYA
TENGAH
FELDA UNITED
12.
AHMAD HAZWAN BAKRI
TENGAH
SELANGOR
13.
JOSEPH KALANG TIE
TENGAH
SARAWAK
14.
NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
PENYERANG
TERENGGANU
15.
AFIQ AZMI
PENYERANG
SELANGOR
16.
DICKSON NWAKAEME *
PENYERANG
PAHANG
17.
ASHFAQ ALI *
PENYERANG
PDRM
18.
ROBERT CORNTHWAITE *
PERTAHANAN
SELANGOR
19.
THIAGO JUNIO AQUINO *
PERTAHANAN
PERAK
20.
ZAH RAHAN KRANGAR *
TENGAH
FELDA UNITED

Ketua jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan skuad Pilihan Malaysia telah menyenaraikan 15 pemain tempatan dan lima pemain import untuk perlawanan berkenaan.

Di kalangan 15 pemain tempatan yang terpilih di atas, lima daripadanya adalah nama baharu yang tiada dalam senarai 23 pemain skuad kebangsaan ketika dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Timor Leste dan Palestin, 11 dan 16 Jun lalu.

Mereka ialah penjaga gol Zamir Selamat (Perak), Razman Roslan (Pahang), Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda B), Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu).

Dengan itu, 13 pemain kebangsaan lain tidak tersenarai membarisi skuad Pilihan Malaysia bertemu Liverpool iaitu penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Muslim Ahmad (PDRM), Indra Putra Mahayuddin (Felda United), R Gopinathan (Pahang) serta Farizal Marlias, Fadhli Shas, Junior Eldstal, S Kunanlan, Mahalli Jasuli, Safiq Rahim, Amri Yahyah, Safee Sali dan Nazrin Nawi (Johor Darul Ta’zim).

Bagaimanapun, Safiq dan Amri diminta untuk bersedia dipanggil menjalani latihan bagi menggantikan mana-mana pemain jika terdapat kecederaan di kalangan senarai 20 pemain di atas.

Sama seperti ketika skuad Pilihan Malaysia bertemu Tottenham Hotspur di Stadium Shah Alam, 27 Mei lalu, Dollah turut menyenaraikan lima pemain import bagi memperkuatkan pasukannya kali ini.

Lima pemain import disenaraikan Dollah terdiri daripada tiga pemain yang beraksi ketika bertemu Tottenham - Ashfaq Ali (PDRM), Robert Cornthwaite (Selangor) dan Thiago Junio Aquino (Perak) serta dua muka baharu - Dickson Nwakaeme (Pahang) dan Zah Rahan Krangar (Felda United).

Paulo Rangel (Terengganu) dan Guilherme De Paula (Selangor) yang beraksi ketika bertemu Tottenham tidak tersenarai kali ini.

Skuad Pilihan Malaysia akan mula menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 19 Julai ini (Ahad).


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget