Wednesday, July 8, 2015

Kedah kini pendahulu Liga Perdana

Pasukan Kedah merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana daripada T-Team, selepas mengalahkan pasukan tuan rumah itu 2-0 pada pertembungan dua pasukan teratas di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.


Kemenangan tersebut menyaksikan Kedah memintas T-Team di tangga teratas Liga Perdana dengan kutipan 34 mata selepas 15 perlawanan, berkelebihan satu mata ke atas T-Team yang turun ke tempat kedua.

Pada aksi malam ini, Kedah berjaya memecah kebuntuan pada separuh masa kedua menerusi jaringan pemain import dari Brazil, Sandro De Silva pada minit ke-47, sebelum Muhammad Farhan Roslan mengesahkan kemenangan mutlak skuad Helang Merah pada minit ke-60.

Baddrol dengan dua assist pada perlawanan tersebut
news: Bernama
pics: Media KFA
Recent Comments Widget