Zamri Baba kritikal kemalangan di litar Sentul

Zamri Baba kritikal kemalangan di litar Sentul #prafforzambribaba Keadaan pelumba negara, Mohd Zamri Baba yang terbabit insiden ...


Zamri Baba kritikal kemalangan di litar Sentul

#prafforzambribaba

Zamri Baba

Keadaan pelumba negara, Mohd Zamri Baba yang terbabit insiden ngeri pada perlumbaan pusingan dua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Sentul, Indonesia hari ini, dilaporkan masih kritikal. Memetik laporan media Indonesia, Zamri yang beraksi dalam kelas perdana, SuperSport 600cc, dikatakan masih belum sedarkan diri di Hospital Petra Permata, Sentul, berdekatan litar terbabit dengan pemerhatian lanjut sedang dijalankan. Promoter ARRC, Two Wheels Motor Racing dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan insiden terbabit.


Zamri, 34 yang dianggap pelumba terbaik negara di perlumbaan membabitkan negara Asia itu terjatuh ketika pusingan keempat perlumbaan dan dirempuh pelumba di belakangnya. Kejadian berlaku mirip insiden ngeri membabitkan bekas pelumba MotoGP, Marco Simoncelli ketika GP Malaysia, empat tahun lalu sehingga meragut nyawa penunggang kelahiran Itali itu. 

"Kami masih belum berani mengambil sebarang tindakan kerana tahap kesedarannya masih 3-4. Jika sudah 7-8 baru kami berani mengambil tindakan," kata Steven, doktor yang merawatnya di hospital terbabit, memetik laporan mobilinanews.com. 

Seorang lagi doktor yang merawat Zamri, Wendy berkata, mereka masih berusaha untuk memindahkannya ke hospital terbaik di Jakarta atau di Kuala Lumpur.


Satu lagi kemalangan di litar yang sama melibatkan pelumba Indonesia, M. Fadly Immammuddin yang dilanggar oleh pelumba lain semasa dia meraikan kemenangan selepas menamatkan perlumbaan. 


Difahamkan pelumba berkenaan mengalami kecederaan serius di bahagian kaki

Dalam pada itu, pihak pengurusan dan penganjur Kejuaraan Motosikal Asia FIM 2015 (ARRC) di Sentul meminta semua pihak sama-sama berdoa supaya pelumba yang terbabit dengan kemalangan itu segera sembuh






Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    COMMENTS

    Name

    Arbaie,5,Badminton,11,Basikal,1,Berita Merapu,67,Bola Sepak,1,Bundesliga,4,championleague,87,EPL,426,EPLfantasy,14,euro,1,EURO2016,4,FAM,26,harimaumalaya,95,Hoki,5,Iklan,2,info,65,jersi,3,Kedah,2,La Liga,6,Lain,165,Liga Super,9,Liga Super Malaysia,2,Liga super Malaysia 2015,1,Liga super Malaysia 2015 | Pahang | JDT,1,ligasuper,221,Malaysia,210,MotoGP,2,otherleague,194,pialamalaysia,17,ragbi,1,Santai,363,Selangor,1,Seman,20,Serie A,1,StyloAktiviti,3,styoshop,1,Transfer News,104,Trip to London,6,ultras Malaya | Bola Sepak,1,WCQ,2,World Cup 2014,182,
    ltr
    item
    Stylo Sport: Zamri Baba kritikal kemalangan di litar Sentul
    Zamri Baba kritikal kemalangan di litar Sentul
    http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Upload/From%20DCX/2014/03/03/doc627c9kqc1m8wl8jyikh.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
    https://i.ytimg.com/vi/29Vb2KLv8jQ/default.jpg
    Stylo Sport
    http://stylosport.blogspot.com/2015/06/zamri-baba-kritikal-kemalangan-di-litar.html
    http://stylosport.blogspot.com/
    http://stylosport.blogspot.com/
    http://stylosport.blogspot.com/2015/06/zamri-baba-kritikal-kemalangan-di-litar.html
    true
    176535665452988984
    UTF-8
    Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy