Piala Sultan Azlan Shah - Malaysia mula langkah sumbang

Skuad hoki negara memulakan kempen kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 dengan langkah sumbang apabila gagal mendapatkan sebarang...

Pintu gawang Malaysia diasak pasukan New Zealand dalam aksi pembukaan

Skuad hoki negara memulakan kempen kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 dengan langkah sumbang apabila gagal mendapatkan sebarang mata selepas tewas 2-4 kepada New Zealand di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, semalam.

Malah harapan untuk melihat penyerang sensasi negara, Faizal Saari menjaringkan gol selepas kembali bersama skuad kebangsaan juga tidak kesampaian ekoran dikawal ketat pertahanan New Zealand.

Ketua Jurulatih hoki negara, Tai Beng Hai mengakui, dua jaringan awal New Zealand telah memberikan kesan kepada corak permainan Malaysia.

“Kita tidak sepatutnya membiar­kan pasukan lawan mendapatkan jaringan dalam 10 minit awal perlawanan dan dua gol New Zealand itu membuatkan pasukan terpaksa mengejar kedudukan jaringan.

“Pada perlawanan malam ini (semalam) kami mengharap untuk menamatkan saingan dengan tiga mata namun tidak kesampaian kerana New Zealand bermain dengan lebih baik,” kata Beng Hai.

Dalam perlawanan tersebut New Zealand tidak menunggu lama untuk mendahului kedudukan pada minit ketiga menerusi Nick Haig hasil pukulan sudut penalti dan dua minit selepas itu menambah gol kedua melalui kaptennya, Simon Child.

Tekanan seakan dapat dilihat pada raut wajah anak-anak buah Tai Beng Hai yang terpaksa menahan asakan bertali arus New Zealand sebelum berupaya mendapatkan jaringan menerusi Ramadan Rosli minit ke-19.

Skuad kebangsaan hampir mengikat New Zealand apabila pukulan Sharul Nabil Abdullah pada minit ke-52 dalam kawasan D tepat memasuki gawang pasukan lawan untuk keputusan 2-2.

Bagaimanapun, harapan untuk melihat Malaysia mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan tersebut tidak kesampaian selepas dihampakan oleh dua jaringan New Zealand pada minit ke-55 menerusi Andy Hayward dan Shay Neal minit ke-57.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perlawanan menentang Australia malam ini, Beng Hai percaya pasukannya perlu bekerja lebih keras untuk mencari mata.

“Perlawanan menentang Australia sentiasa sukar buat kami ke­rana merupakan pasukan terbaik dunia.

“Selepas ini kami akan cuba hadapi perlawanan demi perlawanan dengan sebaiknya,” kata Beng Hai lagi.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    COMMENTS

    BLOGGER: 1
    Loading...
    Name

    Arbaie,5,Badminton,11,Basikal,1,Berita Merapu,67,Bola Sepak,1,Bundesliga,4,championleague,87,EPL,426,EPLfantasy,14,euro,1,EURO2016,4,FAM,26,harimaumalaya,95,Hoki,5,Iklan,2,info,65,jersi,3,Kedah,2,La Liga,6,Lain,165,Liga Super,9,Liga Super Malaysia,2,Liga super Malaysia 2015,1,Liga super Malaysia 2015 | Pahang | JDT,1,ligasuper,221,Malaysia,210,MotoGP,2,otherleague,194,pialamalaysia,17,ragbi,1,Santai,363,Selangor,1,Seman,20,Serie A,1,StyloAktiviti,3,styoshop,1,Transfer News,104,Trip to London,6,ultras Malaya | Bola Sepak,1,WCQ,2,World Cup 2014,182,
    ltr
    item
    Stylo Sport: Piala Sultan Azlan Shah - Malaysia mula langkah sumbang
    Piala Sultan Azlan Shah - Malaysia mula langkah sumbang
    http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.77623.1428252448!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg
    Stylo Sport
    http://stylosport.blogspot.com/2015/04/piala-sultan-azlan-shah-malaysia-mula.html
    http://stylosport.blogspot.com/
    http://stylosport.blogspot.com/
    http://stylosport.blogspot.com/2015/04/piala-sultan-azlan-shah-malaysia-mula.html
    true
    176535665452988984
    UTF-8
    Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy