Sunday, April 5, 2015

Arsenal membaham Liverpool di Emirates




Arsenal yang menerima kunjungan Liverpool di Emirates membuktikan bahawa skuad yang dipegang Arsene Wenger sekarang adalah bertaraf dunia serta antara yang terbaik yang pernah dilihat.

Liverpool menjadi mangsa ratahan Arsenal sejak 45 minit masa perlawanan bermula. 3 gol daripada 45 minit yang pertama membuktikan bahawa Liverpool masih lagi terbawa-bawa badi kekalahan mereka di tangan Manchester United yang lalu.

Gol pembukaan Arsenal dijaringkan oleh Fullback kanan Arsenal, Hector Bellerin yang berjaya memerangkap 3 pertahanan Liverpool dan seterusnya menggunakan weak foot sebelah kiri untuk menjaringkan gol.



Gol kedua Arsenal pula hadir melalui free kick yang diambil oleh maestro Arsenal, Mesut Ozil. Sepakan percuma yang cantik ini berjaya memerangkap Simon Mignolet. Mesut Ozil berjaya membuktikan kritikan pada dirinya sejak awal musim yang lalu dibalas dengan persembahan yang hebat dan kini beliau dijangkakan semakin kembali ke puncak prestasinya.



Gol ketiga Arsenal hadir melalui gerakan bijak Alexis Sanchez yang berjaya memerangkap Kolo Toure dan melepaskan rembatan yang melepasi kawalan Mignolet. Sekali lagi Mignolet ditewaskan dan penyokong Liverpool seakan-akan tidak percaya Liverpool bolos 3 gol dalam masa 8 minit terakhir separuh masa pertama.



Separuh masa kedua pula bermula dan Liverpool tampak lebih garang. Arsenal memilih untuk sit deep dan bermain counter attack football memandangkan mereka sudah selesa di hadapan dengan 3 gol.

Usaha mereka berhasil selepas Raheem Sterling berjaya memperoleh sepakan penalti yang disudahkan oleh Jordan Henderson selepas Hector Bellerin menjatuhkan Sterling di dalam kotak penalti.


Malang Liverpool tidak habis di situ, apabila pertahanan tengah, Emre Can dilayangkan kad kuning kedua selepas tackle dari belakang ke atas Danny Welbeck. Liverpool menjadi kurang efektif di bahagian pertahanan dan memaksa Jordan Henderson membantu di bahagian pertahanan.



Pada minit ke 90+1, Arsenal menggunakan kelebihan 11 orang pemain apabila Olivier Giroud berjaya menjaringkan gol ke-4 Arsenal.

Kekalahan Liverpool dalam perlawanan ini ternyata tidak disenangi oleh penyokong-penyokong Liverpool terutamanya admin Luis Garcia. Brendan Rogers dilihat meletakkan Jordan Henderson di bahagian wingback yang merupakan posisi yang tidak menampakkan pengaruhnya di dalam padang. Hasilnya, Arsenal lebih menguasai bahagian tengah serta mematahkan serangan Liverpool yang hanya digerakkan oleh Philippe Coutinho.



Kemudian, Liverpool tenggelam terus pada separuh masa pertama selepas gol pertama daripada Hector Bellerin. Reaksi dari Moreno, Allen, Toure dan Mignolet yang begitu lemau telah mendatangkan bala besar kerana dari situlah Arsenal mula menyerang dan mengeksploitasi kelemahan Liverpool. Hasilnya, 3 gol pada separuh masa pertama telah dijaringkan Arsenal.

Tidak habis di situ, partnership Joe Allen dan Lucas Leiva sangat tidak menjadi di tengah. Arsenal begitu mudah menguasai bahagian tengah. Ramsey, Cazorla, Coquelin, dan Ozil begitu cemerlang di bahagian tengah walaupun terdapat sloppy play pada permulaan perlawanan yang tidak dimanfaatkan oleh Liverpool.

Yang terakhir, adalah pertahanan. Pengaruh Kolo Toure dalam organizing defend sangat diperlukan Liverpool. Malangnya, Kolo Toure kerap diperangkap dan menjadi punca gol ke-3 Alexis Sanchez dan kekurangan persefahaman antara defender dan Mignolet menyukarkan mereka untuk develop play dari bahagian bawah.



Admin Luis Garcia kena bersabar. Aku tanya apa khabar~~~

--bergkamp-

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget