Thursday, April 2, 2015

Pengalaman berharga bersama AirAsia QPR Coaching Clinics di London


Aku diberi peluang selama seminggu aku di London bersama teman-teman media yang lain mengikuti AirAsia QPR Coaching Clinics. Pengalaman yang amat berharga bagi aku kerana bagi aku Stylo Sport bukanlah satu nama besar dalam industri sukan negara, tapi apabila diberi peluang mengikuti dan melihat sendiri bagaimana AirAsia QPR Coaching Clinics dilakukan, aku amat bersyukur.

Terima kasih AirAsia atas peluang yang diberi..


Aku sebenarnya berbangga apabila dua orang pemain muda Malaysia terpilih untuk mengikuti AirAsia QPR Coaching Clinics di London. Satu bentuk pendedahan dan pembuka minda dalam bola sepak. Bukan semua orang boleh dapat peluang macam itu. Tahniah diucapkan kepada Mohd Azmiza Ruslih dari Kota Kinabalu dan Mohd Nor Aiman Omran dari Kuala Lumpur. Turut serta dalam AirAsia QPR Coaching Clinics tersebut adalah Ren Wei dari China dan Nattanan Biesamrit dari Thailand.















Apapun, kemuncak AirAsia QPR Coaching Clinics nie apabila kami diberi peluang untuk mengikuti sendiri perlawanan secara langsung dari Lotfus Road Stadium antara QPR dan Everton. Sempoi beb. Aku macam tak caya boleh berada disitu untuk mengikuti perlawanan tersebut.











Sehingga hari ini, dah seminggu berlalu, aku masih terasa kedinginan cuaca London. Hohohooho... Miss London already...

Hahhahaha.


Tak dilupa, Fadhli Ishak dari NST, Voon@Afendi dari Borneo Post, Buck dari Metro, Vivien dari The Star, Siow dari SinChew dan terutamanya kepada Ashman, our hero kat London. Terima kasih atas segalanya.

Again, Thanks AirAsia for the wonderful experience throughout this trip for AirAsia QPR Coaching Clinics. Thanks alot.

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget