Friday, March 13, 2015

Senarai penuh skuad Harimau Malaya 2015


Hanya 13 daripada 22 pemain dari skuad Piala Suzuki AFF 2014, Disember lalu dikekalkan jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh dalam senarai 20 pelatih yang diumum, hari ini untuk aksi persahabatan antarabangsa, Harimau Malaya bertemu Oman di tempat lawan, 26 Mac ini.

Mereka yang kekal - dua penjaga gol, Farizal Marlias dan Khairul Azhan Khalid, S Kunanlan, Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Afif Amiruddin, Zubir Azmi, Safiq Rahim, Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin, Baddrol Bakhtiar, Abdul Manaf Mamat dan Norshahrul Idlan Talaha.

Tujuh muka baharu pula terdiri daripada dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), S Chanturu dan Junior Eldstal, dua pemain skuad Liga Perdana JDT II, Akram Mahinan dan Che Rashid Che Halim serta Ahmad Hazwan Bakri (Selangor), Joseph Kalang Tie (Sarawak) dan Ahmad Syamim Yahya (FELDA United).

Dengan pengumuman senarai nama 20 pelatih itu, ia menyaksikan pengguguran sembilan pemain dari skuad yang muncul naib juara Piala Suzuki AFF 2014.

Mereka yang gugur - penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat; penyerang JDT, Safee Sali; kapten Kelantan, Badhri Radzi serta pemain pertahanan kanan JDT, Mahali Jasuli; dan pemain tengah Pahang, Hafiz Kamal.

Sementara Azmi Muslim (Selangor) dan Azammuddin Akil (Pahang) mengalami kecederaan; Gary Steven Robbat menjalani penggantungan tiga bulan manakala bekas kapten, Shukor Adan sudah mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa, tahun ini.

Kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bakal bermula Rabu depan (18 Mac), namun pemain dari JDT, Selangor dan Terengganu akan menyertai latihan sehari kemudian (19 Mac) manakala pemain Pahang, Khairul Azhan pada 22 Mac.

Skuad kebangsaan akan berlepas ke Muscat, Oman pada 23 Mac ini.

Senarai 20 pelatih skuad kebangsaan
Penjaga gol: Farizal Marlias (JDT), Khairul Azhan Khalid (PAH)

Pertahanan: S Kunanlan, Fadhli Shas dan Junior Eldstal (JDT), Muslim Ahmad dan Afif Amiruddin (PDRM), Zubir Azmi (TER), Che Rashid Che Halim (JDT II)

Tengah: Safiq Rahim, Amri Yahyah dan S Chanturu (JDT), Indra Putra Mahayuddin dan Ahmad Syamim Yahya (FELDA), Baddrol Bakhtiar (KED), Joseph Kalang Tie (SAR), Akram Mahinan (JDT II)

Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha (ATM), Abdul Manaf Mamat (TER), Ahmad Hazwan Bakri (SEL)

Senarai menunggu (jika ada pemain cedera): Khairul Fahmi Che Mat (KEL), Safee Sali (JDT), Wan Zack Haikal Wan Nor (KEL), R Gopinathan (PAH), K Gurusamy (SEL)

-BH

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget