Wednesday, March 11, 2015

Rumah kapten Pahang ditembak.


Rumah kapten skuad Tok Gajah, Mohd Razman Roslan, 31, ditembak menyebabkan cermin belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya pecah dalam kejadian di Lorong Kubang Buaya 35, di sini tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu apabila Razman bersama keluarganya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan di luar kediamannya.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiada kecederaan dilaporkan namun hanya cermin belakang MPV Toyota Vellfire milik pemain berkenaan pecah.


Rumah Razman

"Kita menerima laporan tengah malam tadi sebelum mengerahkan anggota untuk melakukan siasatan terperinci berkaitan kejadian itu.

"Setakat ini menurut saksi kemungkinan suspek melepas tembakan lebih daripada satu kali dan kita masih menyiasat motif kejadian itu," katanya ketika dihubugi, di sini.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dibimbangi akan mengganggu siasatan polis.

-BH

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget