Tuesday, March 10, 2015

Danny Welbeck pemusnah Manchester United.


Bekas penyerang Manchester United, Danny Welbeck memastikan kelabnya, Arsenal terus bersaing dalam FA Cup apabila menjaringkan gol kemenangan.

Setelah berpindah ke Arsenal dengan yuran perpindahan £16juta daripada Manchester United, Welbeck kini membuktikan pembeliannya untuk Arsenal adalah berbaloi dan sekaligus memberi kemenangan pertama kepada Arsenal di Old Trafford semenjak 2006.





Pada awal perlawanan, permaianan antara kedua seteru utama ini kelihatan agak seimbang, namun rentak perlawanan berubah apabila Arsenal menjaringkan gol pertamanya menerusi Nacho Monreal hasil gerakan menarik daripada pasukan Arsenal.





 Namun, Rooney menyamakan kedudukan menerusi tandukan cantik terus menerjah gawang Arsenal.




Pasukan Manchester semakin tertekan apabila Welbeck menjaringkan gol kedua pada minit ke 62. Pada minit ke 77,  Angel Di Maria pula dibuang padang setelah menerima kad kuning kedua hanya selang beberapa saat.


Dengan kemenangan ini, Arsenal layak untuk ke pusingan separuh akhir Piala FA yang akan berlangsung di Wembley akan datang.

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget