Saturday, March 7, 2015

Arsenal akan melepaskan Abu Diaby


Begitulah berakhirnya karier Abu Diaby di Arsenal setelah berada dalam kelab tersebut selama 9 tahun. Bagi aku, 9 tahun tue bukan masa yang singkat, namun kalau sudah berada dalam sesuatu pasukan selama 9 tahun, boleh dianggap sebagai senior pasukan, malah ada yang diangkat sebagai kapten pun.

Namun, bagi Abu Diaby, pemain kelahiran Perancis nie mungkin tiada nasib di Arsenal. Berada dengan Arsenal begitu lama, namun kecederaan banyak membataskan permainan beliau.
 Sepanjang tempoh 9 tahun tersebut, atau 3339 hari bersama Arsenal, 1554 hari, Abu Diaby cedera. Maknanya, 46.5% masa beliau di Arsenal, banyak dihabiskan dalam keadaan cedera. 


Semenjak 2006 sehingga sekarang, Arsenal telahpun bermain sebanyak 340 perlawanan, tetapi Abu Diaby hanya bermain dalam 154 perlawanan. Musim lepas, beliau hanya bermain 1 perlawanan, musim sebelum itu, hanya 11 perlawanan. Dan musim ini, langsung tak main. Yang penting, gaji jalan.... Hahahahah...


Ke mana Abu Diaby selepas ini, masih belum diketahui. Kalau Abu Diaby main kat Malaysia, dah lama contrak kena terminate. Tapi sebab Arsenal banyak duit, boleh la dia lepak lama-lama kat Arsenal tue.. Hehehehehe.


Recent Comments Widget