Thursday, March 19, 2015

Liverpool datang Malaysia Julai ini


Selepas pertama kali hadir ke Malaysia empat tahun lalu, gergasi bola sepak England, Liverpool disahkan akan kembali menemui penyokong fanatik mereka di sini pada 24 Julai depan untuk menentang pasukan Pilihan Malaysia.

Pengesahan perlawanan tersebut diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan wakil Liverpool FC dan penganjurnya ProEvents Group dalam sidang akhbar di Subang semalam.

Perlawanan yang akan berlangsung seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri itu akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil bermula pukul 8.45 malam.

Empat tahu lalu, Liverpool ber­aksi di Stadium Nasional dengan dibim­bing oleh Kenny Dalglish.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam berterima kasih kepada Liverpool kerana memilih Malaysia selaku satu-satunya destinasi mereka di Asia Tenggara dalam jadual jelajah pramusim mereka kali ini.

“Kami harap bukan peminat tempatan sahaja yang hadir, tetapi penyokong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam juga datang ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan perlawanan tersebut,” katanya.

Harga tiket perlawanan itu akan diumumkan pada April nanti, katanya.

Dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional pada 16 Julai 2011, skuad Harimau Malaya yang ketika itu dibim­bing oleh Datuk K. Rajagobal tewas 3-6. Safee Sali menjaringkan dua gol dan satu lagi oleh Safiq Rahim.

Walaupun kunjungan Liverpool kali ini mungkin tanpa kapten le­genda Steven Gerrard yang akan menyertai kelab Amerika Syarikat, LA Galaxy selepas tamat musim ini, namun mereka masih mempunyai bintang seperti Daniel Sturridge, Raheem Sterling, Jordan Henderson dan Mario Balotelli.

Mereka juga dijangka membawa pemain legenda seperti Robbie Fowler dan Ian Rush.

Dalam pada itu jurulatih pasukan kebangsaan, Dollah Salleh bercadang untuk mengekalkan pemain tempatan untuk berhadapan de­ngan anak-anak buah Brendan Rodgers.

“Setakat ini itulah yang dicadang­kan (100 peratus pemain tempatan). Kita belum buat apa-apa pun lagi keputusan (pemain tempatan atau pemain luar).

“Saya akan berbincang semula dengan Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAM) dan kita akan pastikan bahawa adakah Pilihan Malaysia ini kita boleh tambah pemain luar atau pun kita kekalkan pemain tempatan,” katanya.



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget