Wednesday, December 24, 2014

Aku bersama Ultras Malaya.



Ultras Malaya, siapa tak kenal. Dulu kecil jer kumpulan nie, tapi sekarang dah berkembang pesat dengan lebih mantap dan lebih tersusun. Aku dah mengikuti Ultras Malaya nie lama dah, tapi tidak berkesempatan untuk bersama-sama mereka. Sabtu lepas, aku berpeluang untuk bersama-sama mereka. Tapi aku tak berseorangan, tapi ikut kawan aku, SP namanya. SP memang antara yang hardcore ultras, sehinggakan game semasa Malaysia menang di Singapura pun, diorang pergi. Tabik spring booh....

kredit : FB Ultras of Malaya

kredit : FB Ultras of Malaya
kredit : FB Ultras of Malaya
kredit : FB Ultras of Malaya

Sambung cerita tadi, bila aku dah sampai jumpa SP and komrad, kami lepak sekejap kat Stadium Putra sebab hujan yang renyai-renyai tadi, tiba-tiba bertambah. Tak lah begitu lebat, tapi kalau lepak bawah langit terbuka, boleh basah jugak la baju seluar. So, kitaorang lepaking dulu sementara melihat segerombolan besar Ultras Malaya berarak masuk ke stadium.

5:30pm -
Time nie, suasana di kawasan persekitaran Stadium Bukit Jalil dah riuh rendah. Bunyi mercun kedengaran. Suara-suara orang menyanyi mula berkumandang. Suar dinyalakan, asap berkepul-kepul memenuhi ruang udara. Tiba-tiba bulu roma aku meremang. Apa tidaknya, kalau diikutkan hatinya, memang aku dah nak masuk dalam barisan Ultras yang tengah march ke dalam stadium, tapi SP kata tak perlu kalut sangat, sebab dalam stadium kejap lagi, lagi meriah. So kami lepak kat tepi-tepi jalan sementara nak masuk stadium.

Ultras sedang ber'pyro'
6:00pm -
Kami mulai memasuki stadium walaupun marching oleh Ultras Malaya masih lagi berlangsung diluar perkarangan stadium. Kami masuk melalui Pintu Hijau. Nak masuk pun kena raba daaa... tapi abam-abam polis yang raba, takut-takut ada yang bawak senjata merbahaya. SP kata, kat Malaysia punya stadium, kira ok lagi kalau nak dibandingkan dengan suasana semasa mereka memasuki Stadium Nasional Singapore. Dekat SIngapore, nak masuk, kena raba supa orang bersalah. Dah la scan satu badan, pastu raba pulak, pastu tanya pulak tiket no berapa, pasport, kira macam-macam la karenah dan birokrasi semasa nak masuk stadium Singapore, mengalahkan Imigresen kat nk masuk Singapore, katanya. Hhahahah... Aku dengar aja.


Pintu masuk Curva kat pintu 103

Ultras sedang berhimpun sebelum masuk curva

6:00pm -
Selepas melalui Pintu Hijau, kami terus ke entrance curva Ultras. Di situ, ramai ultras dah mula berhimpun dan lepak kat pintu masuk curva tue. Aku, sambil-sambil lepak dengan abam FRU, kami borak-borak kosong. SP and komrad masih lagi bercerita pengalaman mereka semasa di Singapore, semasa Malaysia dianugerahkan sepakan penalti dihujung perlawanan. Memang meraka kata, masing-masing tutup muka, sebab tak sanggup nak lihat sepakan diambil. Sorakkan dan chant Ultras Malaya semakin kuat. Dan apabila Syafiq Rahim menjaringkan gol melalui sepakan penalti, Ultras semua semakin kuat chant. Ketika itu, hanya suara mereka yang bilangannya hanya sebilangan kecil dibandingkan dengan penyokong Singapore lebih 40k, berjaya ditenggelamkan. Malah bila gol kemenangan dijaringkan, ada komrad menitiskan air mata kegembiraan. Pergh... memang stim dengar cerita-cerita macam tue. Memang betul-betul buat aku teruja.

6:30pm -
Tepat pukul 6.30 petang, kami masuk curva. Dah nak penuh pun. Untuk masuk curva, 3 syarat perlu dipenuhi, pertama, wanita tidak dibenarkan. Kedua, kanak-kanak tidak dibenarkan dan ketiga kamera tidak dibenarkan. Kalau ada 3 benda tue, macam mana nak ber'chant nanti. Kalau ada pompuan, haru biru nanti. pegang-pegang, silap-silap jadi kes. Pasal kanak-kanak pulak, kesian kat diorang, sebab Ultras akan berdiri 90 minit tanpa henti sambil ber'chant.


Suasana dalam curva Ultras
Seat, free seat sebenarnya. Siapa cekal, hati waja, badan pun ok, fit, boleh sorak tanpa henti 90 minit (aku tak rasa 90 minit sebab kul 6.30pm pun dah start chant dah) sila kedepan. Dan dialu-alukan. hahahha. Aku? First timer macam aku dalam curva, aku dok belakang dulu la. Next ime. hehehhehe. Sebelum Magrib, lebih kurang pukul 6:45pm, curva sudahpun ber'chant. Lagu Selamanya, lagu Ayuh Bangkit Bersama dan dua tiga lagu lagi.

Aku sebenarnya, bukan tahun pun kesemua lagu tersebut, tapi bila dah duduk dalam curva, automatik jadi tahu. Hahahhaha... Sebab, kebanyakkan lagu Ultras, simple wording dan mudah difahami. tambahan ikut sekali dengan curva menyanyi, sempoi ja... hahahahah.

7:10pm -
Magrib semakin hampir. Curva pun kini berehat seketika bagi menghormati waktu sembahyang. Aku keluar dulu untuk sembahyang magrib. Tempat sembahyang pun dekat jer dengan curva Ultras. Memang mudah dan senang. keluar jap, ambik wuduk, sembahyang berjemaah. Sorak-sorak jugak, tapi kewajipan jangan ditinggalkan. Kita kan ada agama.

7:30pm-
Aku masuk balik curva. Pada mulanya, aku ingat tak boleh masuk dah sebab entrance untuk masuk curva memang ada komrad-komrad Ultras jaga. ini untuk memastikan Curva tidak terlalu padat agaknya. Aku ingat kalau keluar, payah nak masuk. Lepas jer sembahyang, senang jer masuk. Siap brother yang jaga entrance tue cakap, 'Tadi dah masuk erk, ok-ok.." Eh, dia cam ka siapa pernah masuk, siapa yang tak pernah masuk lagi. Power betul. Hahhaha.. Bila aku masuk kali ini, aku dah terpisah dengan SP and company. Apa da hal, ok ja. Sebab bila dah berchant, semua jadi geng. Itu yang sempoi.

kredit : FB Ultras of Malaya

kredit : FB Ultras of Malaya

kredit : FB Ultras of Malaya

kredit : FB Ultras of Malaya
8:00pm -
Perlawanan bermula. Kami bersorak. Aku pada mulanya terkial-kial mencari rentak, dah la pakai sandal Asadi jer. Korang kalau nak join curva, dinasihatkan jangan pakai sandal, susah diri. Nak melompat lagi, nak menyanyi lagi, nak bergoyang lagi. silap-silap melecet ooo kaki. Bukan 5 minit bang, 90 minit non stop (stop kejap jer semasa rehat separuh masa)

Letih nak menaip weh... hahahhaha. Nanti aku sambung. Hati tengah membara nak bercerita nie. Nie baru pukul lapan punya cerita. Perlawanan belum lagi bermula. Hahahhaha



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget