Tuesday, December 23, 2014

Tiru formula Thailand


Kisah Harimau Malaya yang memperagakan aksi terpuji di pentas akhir walaupun gagal membawa pulang Piala AFF masih hangat diperkatakan di sana sini tambahan sebelum kejohanan bermula, tiada sesiapa memberi sebarang harapan skuad kendalian Dollah Salleh itu mampu melangkah jauh.

Mungkin sudah sampai masanya segala coretan mengenai Harimau Malaya disimpan de­ngan sebaik-baiknya dalam memori rakyat Malaysia kerana apa yang perlu diberi perhatian sekarang ialah ke manakah hala tuju skuad negara sejurus pertandingan berakhir dan apakah yang kita boleh belajar daripada pasukan juara, Thailand?.

Bukan bermaksud mahu memperkecilkan kemampuan orang-orang lama dalam pasukan Harimau Malaya, tetapi ada sesuatu yang menarik boleh dipelajari daripada Thailand yang muncul juara buat kali keempat apabila jurulatihnya, Kiatisuk Senamuang atau lebih dikenali dengan nama timangan, `Zico’ mempertaruhkan majoriti pemain berusia bawah 23 tahun dalam kesebelasan utama.

Dalam final kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, mungkin ramai tidak sedar tentang fakta purata umur pemain yang diturunkan Kia­tisuk adalah 22.9 tahun berbanding Harimau Malaya, 29.8 tahun de­ngan enam daripadanya masih berumur 22 tahun ke bawah.

Pemain paling tua dalam kese­belasan utama skuad Gajah Perang adalah Suttinan Phuk-Hom, 27, sebelum tempatnya diambil alih Adul Lahso yang berusia 28 tahun pada penghujung babak kedua.

Langkah yang diambil Kiatisuk bukannya bersifat `hentam kromo’ kerana dia telah bersama dengan kumpulan pemain tersebut sejak dilantik selaku jurulatih pada Jun tahun lalu.

Itu menjadi kelebihan tersendiri buat pengendali berusia 41 tahun berkenaan apabila barisan pemain muda inilah yang menjulang Thailand.

Sejak perlawanan persahabatan antarabangsa pertama menentang China yang menyaksikan mereka menang 5-1 di Heifei, Kiatisuk telah mempertaruhkan pemain-pemain muda berkenaan.

Dia tidak menoleh ke belakang dan meneruskan formula ini walaupun keputusan pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 tidak memberangsangkan apabila mereka tewas dalam empat perlawanan Kumpulan B.

Namun, keyakinan yang diberikan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) kepada Kiatisuk akhirnya mula menampakkan hasil apabila pingat emas Sukan SEA menjadi tuaian pertama sebelum mereka melakar kejutan mara ke separuh akhir Sukan Asia 2014 di Incheon sebelum tunduk kepada tuan rumah, Korea Selatan.

Dalam hal ini, faktor Kiatisuk bukanlah semata-mata yang berjaya meletakkan Thailand seperti mana hari ini, tetapi pendekatan agresif FAT melalui Presidennya, Worawi Makudi yang memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi.

Bergelar Exco Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), itu memudahkan dia mendapat akses secara te­rus untuk membawa masuk ramai pakar kejurulatihan terbaik dunia bagi membimbing pemain-pemain muda.

Ia turut dibantu saingan di peringkat kelab yang banyak memberikan ruang kepada mereka untuk beraksi dalam kesebelasan utama.


Inilah elemen yang mungkin boleh diperhalusi Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM), iaitu memberi ruang secukupnya buat Dollah, yang mengakui mahu membawa masuk ramai pemain muda bagi pembentukan skuad di masa hadapan.

Dalam situasi berkenaan, tidak salahnya, jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee secara bersama-sama memainkan peranan.

Bagaimanapun, satu cabaran tersendiri buat Dollah jika mahu menonjolkan barisan pemain muda kerana kebanyakan mereka, terutama produk Harimau Muda A kelihatan terkial-kial apabila melangkah dalam saingan Liga Malaysia apabila sering kali terpaksa memanaskan bangku simpanan atas alasan kurang pengalaman.

‘Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. Mereka sebenarnya perlu diberikan peluang oleh jurulatih-jurulatih dalam Liga Malaysia bagi meraih pengalaman dan mendapatkan kecergasan terbaik apabila dipanggil me­nyarung jersi negara.

Kelak dibimbangi permata-permata yang sebelum ini cukup berbisa pada kejohanan Bawah Umur 23 tahun seperti Mohd. Irfan Fazail, A. Thamil Arasu, Mohd. Nazmi Faiz Mansor dan Mohd. Rozaimi Abd. Rahman hanya akan menjadi permata yang berkarat apabila jarang beraksi atau diasuh dengan cara yang salah daripada jurulatih masing-masing.

Kepada pemain-pemain muda ini, sewajarnya bukan hanya tawaran lumayan semata-mata perlu dipertimbangkan sebelum melangkah ke alam bola sepak profesional .


Sebaliknya, kekerapan mendapat peluang untuk beraksi juga perlu diambil kira dalam memilih pasukan demi kepentingan karier mereka di masa hadapan.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

    Labels:

    2 Comments:

    At December 23, 2014 at 3:43 PM , Anonymous Anonymous said...

    Bro...

    Aku percaya skuad harimau malaya tak mempunyai masalah untuk memberikan saingan sengit di peringkat asia tenggara ni...

    skuad harimau malaya telah menunjukkan kemampuan mereka...

    namun aku musykil kemampuan mereka memberikan cabaran di peringkat asia apatah lagi di peringkat dunia...

    aku percaya skuad harimau malaya perlu merombak formasi pasukan...

    aku rasa formasi yang sesuai di peringkat tersebut ialah 5-3-2...

    by the way, aku percaya skuad harimau malaya boleh mempertahankan pendahuluan 3-0 dalam perlawanan di stadium bukit jalil tu jika mereka terus menyerang...

    apabila mereka berhenti menyerang tugas menyerang itu akan diambilalih oleh pasukan lawan...

    boleh ulas sikit kenapa gary dipilih menggantikan indraputra?

    adakah abang dol sudah kehabisan penyerang?

     
    At December 24, 2014 at 9:40 AM , Blogger Unknown said...

    Pada aku, harimau muda ini sememangnya mempunyai keupayaan untuk melangkah lebih jauh dalam peringkat antarabangsa. Skuad HM, yg dibarisi abg Dol, boleh dikatakan agak memuaskan walaupun pada dasarnya, banyak pemain veteran. Aku sebenarnya setuju dgn abg Dol, yang memilih byk pemain veteran kerana masa yang diberi utk menyediakan suakd tersebut hanyalah SEBULAN. Tapi yang menjadi masalahnya, apabila beliau dilihat terkial-kial mencari persefahaman dan formasi terbaik utk HM. Sbgi cth, tentang kemasukan Gary, sebenarnya akupun tak faham apa motif sebenar dan fungsi Gary. attacking ker, defensive ker, ataupun holding mid? Apapn, selepas ini Dolah berkemungkinan menerapkan pemain muda. sekadar harapan...

     

    Post a Comment

    Subscribe to Post Comments [Atom]

    << Home