Wednesday, December 24, 2014

Perginya Dollah Don aka Harimau Malaya




Salam takziah kepada keluarga Haji Abdullah Mohd Don atas pemergian Allahyarham pagi tadi kerana sakit tua. Beliau yang dikenali dengan nama Dollah Don merupakan salah seorang pemain bola sepak handalan pada era 40- 50-an yang sangat dihormati oleh rakan-rakan dan digeruni oleh pihak lawan. Kehebatan beliau menerajui jentera serangan pasukan kebangsaan ketika itu telah mendapat perhatian bekas Presiden Indonesia Sukarno sehingga diberi jolokan "Harimau Malaya". 

Dilahirkan di Stulang Laut, Johor pada 23hb Mac 1923, Dollah Don telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di KPJ Puteri pada jam 4 pagi tadi pada usia 91 tahun dan jenazah arwah akan dikebumikan di pusara Mahmoodiah selepas waktu Zohor hari ini , 24hb Disember 2014. 

1923-2014 Harimau Malaya dalam kenangan.

Al-Fatihah




Biodata :-


Tuan Haji Abdullah Bin Mohd Don atau dikenali sebagai Dollah Don dilahirkan pada 23 mac. 1923 di Stulang Laut, Johore Bahru. Beliau anak ke tiga daripada 5 adik beradik,dua orang kakak, Allahyahamah Mariam,Puan Hasnah dan dua orang adik ia itu Tuan Hj.Mohd Taib and Hajjah Zabidah.

Allahyarham bapanya Mohd Don bin Mohd Taib adalah seorang Nazir sekolah-sekolah dan Allahyahamah ibunya, Puan Asiah binti Mohd Salleh adalah suri rumah tangga.

Dollah Don sentiasa bersyukur mendapat didikan yang baik dari ibu bapa yang penyayang. Allahyaramah Asiah binti Mohd Salleh seorang ibu yang mempunyai kelebihan memasak. Dollah Don sering mengingati masakan ibunya yang mengandongi resipi-resipi lama Johor. Semasa kanak-kanak beliau gemar bermain sepak bola tennis di halaman rumah nya di jalan Dapat Kampung Baru, Johore Bahru dimana beliau dibesarkan.Pendidikan awalnya di Primary School Ngee Heng dan melanjutkan pelajaran ke Sek. Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4 dan seterusnya di English College. Di-zaman persekolahannya beliau sangat aktif dalam sukan sehinga lah menjadi olahragawan yang terkenal.

Pakar sejarah dan pengulas sukan terkenal Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim pernah berterus terang mengulas dalam Berita Harian mengatakan "Kehebatan Dollah Don masih belum dapat di tandingi oleh mana-mana striker negara, Dollah Don bukan sahaja berjaya mencipta nama di negara sendiri bahkan kelincahannya digeruni dan dihormat di rantau Asia sekitar tahun 40-an.

Dollah melompat tinggi dalam satu rebutan bola ketika mewakili Persatuan Bolasepak Cina Malaya dalam satu perlawanan di Hong Kong.

Dollah Don mempunyai ramai peminat nya di Hong Kong dengan panggilan Toh Ah Ton kerana sukar menyebut nama 'Dollah Don'.
Hongkong Invites Malayan Players

Two Malayan football players, Ramlan of Singapore and Dollah Don of Johore have received an invitations to join the Sing Pao football Club-Malaya of Hong kong.

A HAT-TRICK by centre-forward Dollah Don and brilliant work in the defence by left-back Haji Grahan and right-bak Tan Kai Sow .
The Malayans scored first three minutes after the opening whistle through Dollah Don and were never behind after that.









Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget