Wednesday, December 24, 2014

Demi Malaysia, aku ke Stadium Bukit Jalil.

Aku bersama Ultras Malaya...
Hari ini dah 24 Disember 2014. Dah hari ke 4 dah pun selepas Malaysia tewas kepada Thailand dengan agregat 4-3 di final AFF Suzuki Cup 2014. Aku, walaupun pada hakikinya, telahpun berkerja, badan mengadap kertas dan komputer, tetapi secara rohaninya, diri aku masih di Stadium Bukit Jalil. Sedih dengan kegagalan Harimau Malaya untuk meraih kemenangan di gelanggang sendiri. Sedih aku tak bermaksud aku kecewa dengan persembahan HM tempoh hari. Sebenarnya, aku agak berpuas hati dengan persembahan HM tetapi HM telah dihukum dalam tempoh 10 minit terakhir. Nak buat macam mana, dah tiada rezki.

Haih...

Coretan aku kali ini bukan nak ulas sangat mengenai perlawanan tersebut, tetapi lebih nak berceritakan tentang pengalaman aku sepanjang hari tersebut di Bukit Jalil. Bercerita mengenai semangat patriotisme, semangat sayangkan Malaysia dan semangat setiakawan dikalangan rakyat Malaysia. Di situ tiada UMNO, tiada DAP, tiada PAS, tiada PKR, tiada MCA juga tiada parti-parti lain. Yang ada hanyalah MALAYSIA. Malaysia tanah air aku tercinta.

Bagaimana ya aku nak memulakan cerita, oh ya. Kalau dalam bentuk karangan, dalam bentuk perenggan, kadangkala orang bosan. So, aku ubah sedikit format cerita aku kali ini. Dalam bentuk time frame.

hehhehe

Sabtu.
1:00pm -
Kebiasaannya time nie, memang menjadi rutin aku untuk suap anak-anak bujang aku makan tengah hari, biasalah kan, ayah mithali. hehehhehe.. Kena tolong bini jugak untuk mengurus rumah tangga ketika cuti-cuti hujung minggu. Tapi ari Sabtu nie, aku punya excited lain macam sikit. Perlu ke Stadium Bukit Jalil untuk menyertai Ultras Malaya di Curva. Ya, untuk pertama kalinya aku akan menyertai Ultras Malaya. Lalu aku teruskan rutin aku, menyuap anak-anak bujang aku makan tengah hari dan bersiap-siap untuk ke stadium.

2:00pm -
Anak-anak aku dah kenyang, aku pun dah siap-siap untuk ke stadium. Baju hitam dan jeans menjadi pilihan. Pada mulanya, ingat aku nak pakai kasut futsal aku untuk kestadium, tapi bila tengok hujan bercurah-curah kat luar rumah, aku tukar plan. Pakai sandal asadi jer. Mudah, ringan dan senang dibawa ke mana-mana. Hahahah.. Tapi, mafla aku tak ada pula, perlu dicari kat stadium nanti.

2:35pm -
Semua dah siap, tiket pun dah siap. Tapi hujan masih lagi lebat diluar. TIba-tiba aku stress. Takan aku nak redah hujan kot. Dalam aku mundar mandir dalam rumah, tiba-tiba bini aku panggil makan dulu. Hajat dihati, memang aku nak makan kat luar ja. Makan kat stadium. Tapi, bila bini aku suruh aku makan, terpaksa aku patuh. Hahahhaha... Katanya, makan dulu. Tau la dah tergedik-gedik nak ke stadium, semangat dah terlebih, tapi makan dulu kat rumah. Aku setuju. Macam nie lah aku dengan bini aku. Kadang-kadang kami bertekak tentang sesuatu hal, tapi kalau salah seorang bagi point yang munasabah, maka, masing-masing akan bersetuju. Pasal nak ke stadium nie, alhamdullilah, dia faham minat aku. Tak pulak dia merungut. Lega... Thanks Sayang... hehehheh

3:15pm -
Hujan masih turun, tapi aku lihat, dah semakin kurang. Dah boleh aku gerak dah rasanya. Moto LC aku dah aku kemaskan, baju hujan, power bank kena bawak, baju spare, tuala. Masa aku tengah siap-siap tue, tiba-tiba anak aku yang no dua tue cakap nak naik moto. Maknanya nak ikut lah tue. Aku pun cakap la elok-elok kat dia yang ayah nak ke stadium, tengok bola. Malaysia lawan Thailand. tak boleh bawak budak-budak. Aku pasti, dia tidak memahami, tapi aku cakap jua apa tujuan aku dan sebab aku nak keluar rumah untuk ke stadium. Yang bestnya, tidak pulak dia bising atau menangis untuk ikut aku. Jangan risau adik, nanti ayah bawak adik dengan abang bila dah besar nanti. Itu janji ayah.. Aku kadang-kadang, fikir, biar kita cakap benda yang betul dekat anak-anak walaupun mereka tak faham, sebab kalau dah biasa menipu, sampai bila-bila pun kita menipu. Tambahan itu anak-anak kita. Kalau bukan kita, siapa lagi dia nak ikut... Dan dengan segala urusan rumah tangga aku selesai (ketika itu lah), aku pun bertolak ke Stadium Bukit Jalil menaiki motosikal. Yaa.. Naik motosikal jer.. tak payah penin pasal trafik, boleh cilok, senang parking kat stadium nanti..

4:00pm
Aku sampai ke stadium dengan selamat. Alhamdullilah. Jalan, memang jem gila. Aku lalu Putrajaya, masuk ke Jalan Sungai Besi. Dari situ, dah mula jem teruk. Kesesakan yang aku cakap, boleh tahan la. Kereta moving dalam 10-20km/h jer. Aku naik moto, memang kerja aku cilok aja lah. Sampai dekat Jalan UPM, aku masuk highway Utara Selatan, menuju ke arah Bukit Jalil. Lagi teruk jemnya. Sepanjang jalan sesak, sehingga tol sungai besi. Kat situ dah ada kereta masuk dalam lane kecemasan, laluan yang motosikal biasa lalu. Alpard la, Mercedes la, BMW la... loorr.. Pehal orang-orang kaya nie bangang sangat. Kancil yang 660 boleh jer beratur. Bodoh. Kaya saja, otak kat lutut.

Aku masuk highway bukan apa, senang aku nak masuk Bukit Jalil nanti, tak payah pusing-pusing. Dah sampai Stadium Nasional Bukit Jalil, orang dah ramai dah. Dah penuh dah pun. Hujan masih renyai-renyai. So, aku park la moto aku dekat celah-celah kereta yang parking berhampiran dengan Stadium Putra. Senang sungguh perjalanan aku. Dalam mencari tempat parking moto tue, ada pulak yang menegur aku, dua orang pulak tue. Tak sangka pulak. Sorang, member baik aku, Apai. hahahha... xsangka jumpa hang bro... Sorang lagi, jiran aku, ehh.. ada pulak kat sini. Mai stadium tak habaq...



4:30pm -
Cuaca semakin elok. Hujan pun dah kurang.  Rata-rata, masing-masing sibuk dengan hal masing, masing. Aku pula, terus mencari Mafla Harimau Malaya. Jumpa, RM15 jer. Jadi lah, sambil-sambil buat tutup kepala. Masih hujan, tapi dah kurang dah...

5:00pm -
Mafla sudah ditangan, kini misi mencari member aku, SP namanya. Janji nak jumpa dekat Stadium Putra, depan Subway. Lalu aku pun menapak kat sana. Dalam tengah-tengah mencari SP, jumpa balik si Apai tadi. Hahhaha... AKu ingat tak jumpa dah, sebab aku tengak ramai sangat orang tengah memenuhi perkarangan stadium nie. Bila dah ramai nie, susah kot nak jumpa, tapi boleh pulak jumpa. SP dengan Apai nie, memang satu geng pun masa zaman student dulu, so lama  tak jumpa, havoc la kejap..
SP dan Apai

SP memang Ultras Malaya tegar, Apai nie sebab datang dengan member dia, so dia tak lepak dengan Ultras. Kalau dia lepak dengan kami, memang Ultras jugak lah malam nanti. hehehhe..

Time tue, geng-geng Ultras Malaya dah berhimpun.. Dah start chant dah pun... bulu roma aku dah meremang.. Hahhaha.. Banyak lagi aku nak menaip nie.. esok aku sambung pulak yer.. kisah ber'chant bersama Ultras Malaya pulak.. Masih terngiang-ngiang dalam kepala aku sampai hari ini.. Dan ya,  demi Malaysia, aku sampai ke Stadium Bukit Jalil..



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget