Wednesday, December 24, 2014

Pengumuman sepakmula Liga-M 2015


Berdasarkan surat pekeliling oleh FAM bertarikh 22 Disember 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM memutuskan beberapa perkara mengenai Liga Malaysia 2015.

1. Piala Sumbangsih 2015

Diadakan pada hari Sabtu 31 Januari 2015 antara Johor Darul Takzim FC dan Pahang Darul Makmur bertempat di Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunus, Johor Bahru. Perlawanan ini juga akan dijadikan perlawanan pertama Liga Super yang menawarkan mata perlawanan.

2. Liga Super dan Liga Premier 2015

Sepakmula perlawanan pertama Liga Super akan bermula 7 Februari 2015 Sabtu, manakala Liga Premier bermula 6 Januari 2015 Jumaat.

3. Kuota Pemain Import

Empat (4) pemain import dibenarkan bermain pada satu-satu masa bagi musim 2015.

4. Piala FA

Perlawanan pusingan pertama akan berlangsung pada 1 Februari 2015, Ahad dengan hanya melibatkan 2 perlawanan awal antara Harimau Muda C vs Kuala Lumpur dan KL DRB Hicom FC vs Selangor PKNS FC. Perlawanan lain akan dimaklumkan kemudian.



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget