Wednesday, December 31, 2014

Enel dilamar Akademi Wolfsburg


Pemain TABS Safa Bandaraya, Enel Tan mendapat tawaran menyertai Akademi Bolasepak Bawah 15 tahun VfL Wolfsburg, kelab Divisyen Satu Bundesliga Jerman.

Tawaran itu diterima daripada kelab berkenaan bulan lalu, menurut ayahnya, Danny Tan.

Danny berkata, berdasarkan tawaran itu, anaknya dijangka mengikat kontrak dengan kelab berkenaan antara dua hingga tiga tahun.

Katanya, beliau akan menghantar anaknya ke Jerman sebaik sahaja urusan visa selesai.

“Buat masa ini saya mengurus visa dan selepas memperolehnya, saya dan isteri akan menemaninya ke sana,” katanya.

Enel, 13, salah seorang pemain remaja yang digilap TABS Safa Bandaraya, badan yang mengendalikan program pembangunan bola sepak belia Sabah turut dipantau Persatuan Bolasepak Sabah (Sabah FA).


Sebelum ini, pemain remaja itu turut terpilih mengikuti latihan selama dua minggu di Cardiff City, Wales.

Dalam perkembangan lain, Enel bersama rakannya Mohd Hizaz Lokman, 14, turut dipanggil Safa Bandaraya mengikuti latihan persediaan bersama pasukan bawah 18 tahun Sabah menghadapi Kejohanan Piala Borneo di Kota Kinabalu, 6 Januari ini.

Hizaz adalah pelajar Sekolah Sukan Negeri (SSN) Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian yang pulang ke Sabah sepanjang cuti persekolahan.

http://www.hmetro.com.my/node/20199


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

    Labels:

    PFAM sedia kemukakan masalah kepada Fifa, FIFPro


    PERSATUAN Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) tidak menolak kemungkinan membawa isu tunggakan lima bulan gaji pemain Perlis ke mahkamah atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan Kesatuan Pemain Sedunia (FIFPro) jika tiada usaha menyelesaikan isu itu.


    Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail mahu Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) segera menyelesaikan kemelut pembayaran gaji pemain Singa Utara yang tertunggak sejak Jun lalu.

    Jelasnya, seramai 12 pemain Perlis membuat aduan tidak bersetuju tindakan PFA yang mahu membayar tunggakan gaji bagi bulan Jun 2014 sahaja dan tidak akan membayar gaji pemain dari bulan Julai sehingga November.


    “PFAM merasakan perkara ini tidak adil dan PFA mengingkari kontrak pemain yang dipersetujui bersama. Seramai 12 pemain membuat tuntutan tersebut tidak bersetuju dengan terma yang dibuat PFA dalam satu perjumpaan dihadiri Timbalan Presiden PFA pada 11 September lalu.

    "Kita masih optimis perkara ini masih mampu diselesaikan PFA dan FAM secara berhemah, bukan lagi alasan penangguhan bayaran gaji kepada pemain, semua ini tidak seharusnya berlaku.

    "Tetapi kita akan bawa ke mahkamah dan pengetahuan Fifa serta FIFPro yang pastinya akan memberi imej buruk sukan bola sepak Malaysia," jelasnya yang tidak memberikan tarikh khusus kepada PFA menyelesaikannya pada sidang media di Puchong, semalam.

    Turut hadir Presiden PFAM, Hairuddin Omar dan ketua pasukan Perlis, Mohd Khairi Zainuddin serta beberapa pemain.






    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

      Labels:

      Dokumentari JDT di TV Jepun


      Tak sangka pula, JDT ni dah mula di pandang di luar sana. Inilah dia sentuhan TMJ. Penaiktarafan JDT kini berjaya membuahkan hasil. JDT juga sedang berkolaborasi dengan kelab-kelab eropah bagi menjalinkan kerjasama dan menerapkan corak latihan kelab eropah. Antara kelab yang telah melawat JDT ialah AC Milan dan Borussia Dortmund. Semoga JDT dapat melahirkan bakat tempatan yang mempunyai ciri-ciri pemain eropah. Jika Jepun dan Korea boleh, tentu sahaja Malaysia juga boleh kerana dulunya kita mendahului mereka.


      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

        Labels:

        JDT kian mantap, bawa tujuh muka baharu



        HARIMAU Selatan terus memperkukuhkan pasukan apabila membawa masuk tujuh muka baru bagi menghadapi Liga Malaysia 2015. 


        Gary Steven Robbat, Farizal Marlias, S Kunalan, S Chanturu, Fandi Othman, Mohd Amer Saidin dan Junior Eldstal antara pemain memperkuatkan Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta’zim (JDT).


        Kesemua mereka akan bergandingan dengan Mohd Amri Yahyah, Safee Sali, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Daudsu Jamaluddin, Mohd. Izham Tarmizi Roslan, Mohd. Al-Hafiz Hamzah, Safiq Rahim, Shakir Shaari, Jazsarin Jamaluddin, Nazrin Nawi dan Amirul Hadi Zainal dibawah bimbingan jurulatih Bojan Hodak. Pemain import JDT musim lalu, Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Harris Harun dikekalkan untuk beraksi dalam aksi sepak mula 31 Januari depan.


        Kesemua barisan 25 pemain Harimau Selatan itu diumumkan pada majlis pelancaran jersi baharu dan memperkenalkan pemain yang turut dihadiri Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini, kelmarin.

        Mencuri tumpuan, kehadiran Gary di pentas utama menamatkan spekulasi yang melanda pemain tengah itu yang dikaitkan dengan beberapa pasukan lain.

        Beliau yang ditemui berkata, dia memilih untuk beraksi bersama JDT bagi mempertingkatkan diri selain menimba pengalaman baharu.

        "Saya pilih pasukan ini sebab saya nak mempertingkatkan diri sendiri apabila berlatih dengan rakan sepasukan yang lain. Spekulasi sudah selesai,’’ katanya yang akan bekerja keras merebut kesebelasan utama dalam pasukan.


        kredit: Johor Southern Tigers


        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

          Labels:

          Fernando Torres pulang ke Atletico Madrid


          Setelah gagal menyinar di 2 kelab terakhirnya iaitu Chelsea dan AC Milan, Torres telah di pinjamkan ke kelab asalnya iaitu Atletico Madrid.


          Torres, 30, di sambut meriah oleh penyokong Atletico di lapangan terbang. Torres telah membuat 214 penampilan dan 84 gol semasa di Atletico Madrid.



          Pemain Atletico Madrid juga menerima baik kepulangan Torres yang telah menaikkan nama kelab itu semasa kegemilangannya sebelum berpindah ke Liverpool. Adakah sentuhan Torres akan kembali berbisa? Sama-sama kita nantikan....




          Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

            Labels:

            Tuesday, December 30, 2014

            Champ Man 15 - Game untuk yang bercita-cita jadi Manager

             

            Ni lah game yang aku paling suka main time study-study dulu. Kalau main, kompom tak tidur malam punya. Itu dah kira paling bermoral lah. Lagi teruk, balik kelas je terus menghadap PC. Kalau dulu, game ni namanya Championship Manager atau CM. Ekceli kawan aku yang ajar main ni. Mula-mula tu susah gak nak faham. Tapi bila da dapat beli player star, memang eksaited ko.


            Tapi company ni sebenarnya telah berkubur selepas game CM10. Aku last main pun rasanya CM05. Lepas tu bertukar ke Football Manager atau FM.

            Antara game-game dari developer ni:-








            Aku memang prefer CM ni dari FM sebab kita boleh arrange position player ikut selera tekak kita. Tapi kalau FM kita kena follow formation yang di beri sahaja.


            Semalam aku pun buka la google play. Saja nak tengok apps paling hot dalam tahun 2014. Lepas tu aku terpandang la game ni. Ape lagi, aku pun download la. Tapi masalah duit dia bagi sikit ja. Da la hanya boleh manage certain team saja. Kalau nak manage top team, kena ada certain point yang di panggil badge. Untuk dapatkan point tu, terpaksalah manage team yang bawah dahulu.

            Di sebabkan sifat sabar yang menipis, lantas aku pun cari la apps game ni yang dah siap hack. Cari punya cari, jumpa juga akhirnya. Tapi still tak boleh manage top team juga. Tapi takpa, sebab aku ada banyak duit. Duit yang di beri lepas hack dalam 134 juta pound sterling. Banyak tuh. Tapi untuk setiap kelab, transfer budget adalah terhad. Tak boleh beli mahal-mahal. Sebab terikat dengan undang-undang kelab. Tapi berbekalkan duit tu juga, kita boleh upgrade bendalah lain macam coach, facilities dan ........ Bagi yang gemarkan game ni, nah link untuk download. Main terus di henpong korang. Tak payah dok ngadap PC.

            https://drive.google.com/file/d/0B1kOOLJTfqw0bXRUQzFKRGFPWlE/view?usp=sharing





            Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

              Labels:

              Monday, December 29, 2014

              Stylo Outfit - blog jual Jersi Bola dari kami


              Stylo Sport kini telah pun menukar nama Stylo Shop kepada Stylo Outfit dan telah membina satu blog khas bagi sessi penjualan jersi bola sepak dengan kadar harga mampu milik bagi rakyat marhean.

              Untuk melihat sendiri senarai jersi yang ada, anda boleh klik link ini http://stylooutfit.blogspot.com/. Jika ada pembaca yang terlupa link di atas semasa membaca Stylo Sport, anda boleh klik Stylo Outfit yang berada di atas sebelah kanan web seperti gambar di bawah.


              Kepada pembaca semua, marilah order dengan kami.




              Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit

                Sunday, December 28, 2014

                Boxing Day untuk peminat bola sepak EPL




                Boxing Day untuk peminat bola sepak EPL sudah pun dilabuhkan tirai, dan ternyata pasukan-pasukan di Top 3 liga seperti Chelsea, Manchester City dan Manchester United menang bergaya ke atas lawan masing-masing dengan defisit 2 gol.

                Kelab-kelab yang masih bersaing untuk tempat teratas liga seperti Arsenal, Tottenham, dan Southampton juga berjaya menewaskan lawan mereka, sekaligus pergelutan untuk tempat ke-4 liga semakin sengit dan mendebarkan.

                Diego Costa menjaringkan gol kedua Chelsea ketika bertemu West Ham United


                Tidak dilupakan juga, prestasi semasa West Ham United membuatkan ramai penganalisis bola sepak terkejut dengan prestasi mereka setakat half league ini. West Ham menduduki tempat ke-5, mengatasi Arsenal, Liverpool, dan Tottenham.



                Namun, hari Ahad 28/12/2014, EPL akan kembali selepas berehat 2 hari dan perlawanan tumpuan bagi admin adalah Southampton vs Chelsea, dan Tottenham vs Manchester United.


                Admin mungkin akan cuba untuk menganalisi game Tottenham vs Manchester United sebab 2 kelab ini menunjukkan prestasi semasa yang baik. Wayne Rooney, Radamel Falcao dan Robin van Persie semakin menemui rentak permainan di United, manakala prestasi Harry Kane, Nacer Chadli dan Christian Erikssen pula semakin bagus. 

                Pada admin Manchester United mungkin ada sedikit kelebihan, namun apa-apa hal pun boleh terjadi dalam bola sepak ini. Apa-apa pun, enjoy your weekend!

                -p/s: Pray for Pantai Timur

                -bergkamp-

                Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                  Labels:

                  Friday, December 26, 2014

                  Pray for Pantai Timur



                  Kami di Stylo Sport mendoakan keselamatan merekan yang sedang mengalami musibah banjir di Pantai Timur. Bagi menghormati mangsa-mangsa banjir ini, Stylo Sport dengan ini mengurangkan artikel-artikel berkaitan sukan buat masa ini. Bersama kita menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir ini. 

                  #prayforpantaitimur


                  Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                    Wednesday, December 24, 2014

                    Aku bersama Ultras Malaya.



                    Ultras Malaya, siapa tak kenal. Dulu kecil jer kumpulan nie, tapi sekarang dah berkembang pesat dengan lebih mantap dan lebih tersusun. Aku dah mengikuti Ultras Malaya nie lama dah, tapi tidak berkesempatan untuk bersama-sama mereka. Sabtu lepas, aku berpeluang untuk bersama-sama mereka. Tapi aku tak berseorangan, tapi ikut kawan aku, SP namanya. SP memang antara yang hardcore ultras, sehinggakan game semasa Malaysia menang di Singapura pun, diorang pergi. Tabik spring booh....

                    kredit : FB Ultras of Malaya

                    kredit : FB Ultras of Malaya
                    kredit : FB Ultras of Malaya
                    kredit : FB Ultras of Malaya

                    Sambung cerita tadi, bila aku dah sampai jumpa SP and komrad, kami lepak sekejap kat Stadium Putra sebab hujan yang renyai-renyai tadi, tiba-tiba bertambah. Tak lah begitu lebat, tapi kalau lepak bawah langit terbuka, boleh basah jugak la baju seluar. So, kitaorang lepaking dulu sementara melihat segerombolan besar Ultras Malaya berarak masuk ke stadium.

                    5:30pm -
                    Time nie, suasana di kawasan persekitaran Stadium Bukit Jalil dah riuh rendah. Bunyi mercun kedengaran. Suara-suara orang menyanyi mula berkumandang. Suar dinyalakan, asap berkepul-kepul memenuhi ruang udara. Tiba-tiba bulu roma aku meremang. Apa tidaknya, kalau diikutkan hatinya, memang aku dah nak masuk dalam barisan Ultras yang tengah march ke dalam stadium, tapi SP kata tak perlu kalut sangat, sebab dalam stadium kejap lagi, lagi meriah. So kami lepak kat tepi-tepi jalan sementara nak masuk stadium.

                    Ultras sedang ber'pyro'
                    6:00pm -
                    Kami mulai memasuki stadium walaupun marching oleh Ultras Malaya masih lagi berlangsung diluar perkarangan stadium. Kami masuk melalui Pintu Hijau. Nak masuk pun kena raba daaa... tapi abam-abam polis yang raba, takut-takut ada yang bawak senjata merbahaya. SP kata, kat Malaysia punya stadium, kira ok lagi kalau nak dibandingkan dengan suasana semasa mereka memasuki Stadium Nasional Singapore. Dekat SIngapore, nak masuk, kena raba supa orang bersalah. Dah la scan satu badan, pastu raba pulak, pastu tanya pulak tiket no berapa, pasport, kira macam-macam la karenah dan birokrasi semasa nak masuk stadium Singapore, mengalahkan Imigresen kat nk masuk Singapore, katanya. Hhahahah... Aku dengar aja.


                    Pintu masuk Curva kat pintu 103

                    Ultras sedang berhimpun sebelum masuk curva

                    6:00pm -
                    Selepas melalui Pintu Hijau, kami terus ke entrance curva Ultras. Di situ, ramai ultras dah mula berhimpun dan lepak kat pintu masuk curva tue. Aku, sambil-sambil lepak dengan abam FRU, kami borak-borak kosong. SP and komrad masih lagi bercerita pengalaman mereka semasa di Singapore, semasa Malaysia dianugerahkan sepakan penalti dihujung perlawanan. Memang meraka kata, masing-masing tutup muka, sebab tak sanggup nak lihat sepakan diambil. Sorakkan dan chant Ultras Malaya semakin kuat. Dan apabila Syafiq Rahim menjaringkan gol melalui sepakan penalti, Ultras semua semakin kuat chant. Ketika itu, hanya suara mereka yang bilangannya hanya sebilangan kecil dibandingkan dengan penyokong Singapore lebih 40k, berjaya ditenggelamkan. Malah bila gol kemenangan dijaringkan, ada komrad menitiskan air mata kegembiraan. Pergh... memang stim dengar cerita-cerita macam tue. Memang betul-betul buat aku teruja.

                    6:30pm -
                    Tepat pukul 6.30 petang, kami masuk curva. Dah nak penuh pun. Untuk masuk curva, 3 syarat perlu dipenuhi, pertama, wanita tidak dibenarkan. Kedua, kanak-kanak tidak dibenarkan dan ketiga kamera tidak dibenarkan. Kalau ada 3 benda tue, macam mana nak ber'chant nanti. Kalau ada pompuan, haru biru nanti. pegang-pegang, silap-silap jadi kes. Pasal kanak-kanak pulak, kesian kat diorang, sebab Ultras akan berdiri 90 minit tanpa henti sambil ber'chant.


                    Suasana dalam curva Ultras
                    Seat, free seat sebenarnya. Siapa cekal, hati waja, badan pun ok, fit, boleh sorak tanpa henti 90 minit (aku tak rasa 90 minit sebab kul 6.30pm pun dah start chant dah) sila kedepan. Dan dialu-alukan. hahahha. Aku? First timer macam aku dalam curva, aku dok belakang dulu la. Next ime. hehehhehe. Sebelum Magrib, lebih kurang pukul 6:45pm, curva sudahpun ber'chant. Lagu Selamanya, lagu Ayuh Bangkit Bersama dan dua tiga lagu lagi.

                    Aku sebenarnya, bukan tahun pun kesemua lagu tersebut, tapi bila dah duduk dalam curva, automatik jadi tahu. Hahahhaha... Sebab, kebanyakkan lagu Ultras, simple wording dan mudah difahami. tambahan ikut sekali dengan curva menyanyi, sempoi ja... hahahahah.

                    7:10pm -
                    Magrib semakin hampir. Curva pun kini berehat seketika bagi menghormati waktu sembahyang. Aku keluar dulu untuk sembahyang magrib. Tempat sembahyang pun dekat jer dengan curva Ultras. Memang mudah dan senang. keluar jap, ambik wuduk, sembahyang berjemaah. Sorak-sorak jugak, tapi kewajipan jangan ditinggalkan. Kita kan ada agama.

                    7:30pm-
                    Aku masuk balik curva. Pada mulanya, aku ingat tak boleh masuk dah sebab entrance untuk masuk curva memang ada komrad-komrad Ultras jaga. ini untuk memastikan Curva tidak terlalu padat agaknya. Aku ingat kalau keluar, payah nak masuk. Lepas jer sembahyang, senang jer masuk. Siap brother yang jaga entrance tue cakap, 'Tadi dah masuk erk, ok-ok.." Eh, dia cam ka siapa pernah masuk, siapa yang tak pernah masuk lagi. Power betul. Hahhaha.. Bila aku masuk kali ini, aku dah terpisah dengan SP and company. Apa da hal, ok ja. Sebab bila dah berchant, semua jadi geng. Itu yang sempoi.

                    kredit : FB Ultras of Malaya

                    kredit : FB Ultras of Malaya

                    kredit : FB Ultras of Malaya

                    kredit : FB Ultras of Malaya
                    8:00pm -
                    Perlawanan bermula. Kami bersorak. Aku pada mulanya terkial-kial mencari rentak, dah la pakai sandal Asadi jer. Korang kalau nak join curva, dinasihatkan jangan pakai sandal, susah diri. Nak melompat lagi, nak menyanyi lagi, nak bergoyang lagi. silap-silap melecet ooo kaki. Bukan 5 minit bang, 90 minit non stop (stop kejap jer semasa rehat separuh masa)

                    Letih nak menaip weh... hahahhaha. Nanti aku sambung. Hati tengah membara nak bercerita nie. Nie baru pukul lapan punya cerita. Perlawanan belum lagi bermula. Hahahhaha



                    Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                      Labels: ,

                      Pengumuman sepakmula Liga-M 2015


                      Berdasarkan surat pekeliling oleh FAM bertarikh 22 Disember 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM memutuskan beberapa perkara mengenai Liga Malaysia 2015.

                      1. Piala Sumbangsih 2015

                      Diadakan pada hari Sabtu 31 Januari 2015 antara Johor Darul Takzim FC dan Pahang Darul Makmur bertempat di Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunus, Johor Bahru. Perlawanan ini juga akan dijadikan perlawanan pertama Liga Super yang menawarkan mata perlawanan.

                      2. Liga Super dan Liga Premier 2015

                      Sepakmula perlawanan pertama Liga Super akan bermula 7 Februari 2015 Sabtu, manakala Liga Premier bermula 6 Januari 2015 Jumaat.

                      3. Kuota Pemain Import

                      Empat (4) pemain import dibenarkan bermain pada satu-satu masa bagi musim 2015.

                      4. Piala FA

                      Perlawanan pusingan pertama akan berlangsung pada 1 Februari 2015, Ahad dengan hanya melibatkan 2 perlawanan awal antara Harimau Muda C vs Kuala Lumpur dan KL DRB Hicom FC vs Selangor PKNS FC. Perlawanan lain akan dimaklumkan kemudian.



                      Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                        Labels:

                        Perginya Dollah Don aka Harimau Malaya




                        Salam takziah kepada keluarga Haji Abdullah Mohd Don atas pemergian Allahyarham pagi tadi kerana sakit tua. Beliau yang dikenali dengan nama Dollah Don merupakan salah seorang pemain bola sepak handalan pada era 40- 50-an yang sangat dihormati oleh rakan-rakan dan digeruni oleh pihak lawan. Kehebatan beliau menerajui jentera serangan pasukan kebangsaan ketika itu telah mendapat perhatian bekas Presiden Indonesia Sukarno sehingga diberi jolokan "Harimau Malaya". 

                        Dilahirkan di Stulang Laut, Johor pada 23hb Mac 1923, Dollah Don telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di KPJ Puteri pada jam 4 pagi tadi pada usia 91 tahun dan jenazah arwah akan dikebumikan di pusara Mahmoodiah selepas waktu Zohor hari ini , 24hb Disember 2014. 

                        1923-2014 Harimau Malaya dalam kenangan.

                        Al-Fatihah




                        Biodata :-


                        Tuan Haji Abdullah Bin Mohd Don atau dikenali sebagai Dollah Don dilahirkan pada 23 mac. 1923 di Stulang Laut, Johore Bahru. Beliau anak ke tiga daripada 5 adik beradik,dua orang kakak, Allahyahamah Mariam,Puan Hasnah dan dua orang adik ia itu Tuan Hj.Mohd Taib and Hajjah Zabidah.

                        Allahyarham bapanya Mohd Don bin Mohd Taib adalah seorang Nazir sekolah-sekolah dan Allahyahamah ibunya, Puan Asiah binti Mohd Salleh adalah suri rumah tangga.

                        Dollah Don sentiasa bersyukur mendapat didikan yang baik dari ibu bapa yang penyayang. Allahyaramah Asiah binti Mohd Salleh seorang ibu yang mempunyai kelebihan memasak. Dollah Don sering mengingati masakan ibunya yang mengandongi resipi-resipi lama Johor. Semasa kanak-kanak beliau gemar bermain sepak bola tennis di halaman rumah nya di jalan Dapat Kampung Baru, Johore Bahru dimana beliau dibesarkan.Pendidikan awalnya di Primary School Ngee Heng dan melanjutkan pelajaran ke Sek. Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4 dan seterusnya di English College. Di-zaman persekolahannya beliau sangat aktif dalam sukan sehinga lah menjadi olahragawan yang terkenal.

                        Pakar sejarah dan pengulas sukan terkenal Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim pernah berterus terang mengulas dalam Berita Harian mengatakan "Kehebatan Dollah Don masih belum dapat di tandingi oleh mana-mana striker negara, Dollah Don bukan sahaja berjaya mencipta nama di negara sendiri bahkan kelincahannya digeruni dan dihormat di rantau Asia sekitar tahun 40-an.

                        Dollah melompat tinggi dalam satu rebutan bola ketika mewakili Persatuan Bolasepak Cina Malaya dalam satu perlawanan di Hong Kong.

                        Dollah Don mempunyai ramai peminat nya di Hong Kong dengan panggilan Toh Ah Ton kerana sukar menyebut nama 'Dollah Don'.
                        Hongkong Invites Malayan Players

                        Two Malayan football players, Ramlan of Singapore and Dollah Don of Johore have received an invitations to join the Sing Pao football Club-Malaya of Hong kong.

                        A HAT-TRICK by centre-forward Dollah Don and brilliant work in the defence by left-back Haji Grahan and right-bak Tan Kai Sow .
                        The Malayans scored first three minutes after the opening whistle through Dollah Don and were never behind after that.









                        Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

                          Labels: