Thursday, August 14, 2014

Bab nie, aku puji Khairy Jamaluddin..


Ini semua berkenaan krisis sukan badminton dan hoki. Bagus jugak KJ pasal benda-benda macam nie. Ikut logik, persatuan sepatutnya menyelesaikan sendiri permasalahan yang dihadapi, tapi sampai tahap Menteri sendiri terlibat, aku rasa memang tak kena sangat.

Namun inisiatif yang diambil oleh KJ, harus dipuji. Walaupun kadang kala aku dok mengutuk jugak mamat nie, tapi apabila suatu perkara betul dilakukan, kita wajar bagi pujian. Tiada bias atau kepentingan politik harus ditegakkan di sini.

Good job bro...

BUKIT JALIL - Enggan kemelut dalaman Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berpanjangan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menasihatkan pre­sidennya, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dan ketua jurulatih kebangsaan, Rashid Sidek agar menyelesaikan masalah mereka menerusi pertemuan dua hala.
Jelasnya, tindakan saling menuding jari melalui media akan mengeruhkan lagi keadaan dan mereka seharusnya memiliki satu kata putus dalam masa terdekat bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark 25 Ogos ini serta Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan bulan depan.
"BAM perlu buat keputusan, saya cuma boleh cadangkan supaya mereka buat keputusan, seterusnya maklumkan kepada jurulatih tentang perancangan untuk Kejohanan Dunia. Tidak kira kemelut apa sekali pun, keputusan boleh dibuat tetapi bukan melalui media...panggil jurulatih dan bincang depan-depan.
"Saya baru menelefon Rashid pagi tadi dan saya kata jangan letak jawatan. Teruskan dan kita cuba selesaikan masalah dengan BAM. Itu pun saya kena hubungi jurulatih di mana tidak pernah berlaku di mana-mana negara.
"Saya terima panggilan daripada Tan Sri Elyas Omar minta saya campur tangan dalam kemelut BAM. Bukan tugas menteri untuk menghubungi jurulatih tapi ini yang berlaku di Malaysia," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Sukan Olimpik Remaja 2014 di Majlis Sukan Negara (MSN), di sini semalam.
Temasya yang akan berlangsung di Nanjing, China dari 16 hingga 28 Ogos itu melibatkan penyertaan 20 atlet pelapis negara dan 13 pegawai yang diketuai oleh bekas jaguh badminton beregu wanita, Wong Pei Tty selaku Chef de Mission.
Tambah Khairy, tiada sebarang sasaran ditetapkan untuk kontinjen negara dalam temasya berkenaan memandangkan tahap pertandi­ngan adalah tinggi selain tidak mengetahui kekuatan atlet dari negara-negara lain untuk dijadikan asas ukuran pencapaian.
Dalam masa sama, beliau turut berasa kesal terhadap tindakan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang memecat ketua jurulatih kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah dan menggantikannya dengan jurulatih skuad remaja, Arul Selvaraj di saat akhir, yang menurut beliau keputusan tidak ideal.
"Saya rasa keputusan itu tidak tepat sebab pertukaran itu diambil dalam jangka masa pendek menjelang Sukan Asia yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini. Kita hanya ada masa kurang daripada 40 hari sebelum temasya tersebut bermula. Dharma mungkin sudah mengenal pasti dan tahu kekuatan serta kelemahan skuad bimbingannya.
"Kekalahan di Glasgow tempoh hari bukan punca sebenar Dharma disingkirkan sebab kita memang tidak letak sebarang sasaran kepada pasukan hoki. Saya percaya mungkin berkait dengan isu-isu lain lagi," katanya.
-luis Garcia-

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget