Wednesday, August 13, 2014

Di tendang dari Liga M, diterima Liga S



Arlando Nicholas Atkinson dari  Balestier Khalsa di dalam temubualnya bersama majalah FourFourTwo menceritakan tentang 'kepelikan' bermain di Liga M. Pemain berusia 19 tahun ini berdarah kacukan British-Jepun dan pernah berlatih bersama ATM.

Arlando telah memulakan kariernya di Kuala Lumpur Youth Soccer Academy dan mengikuti program bola sepak anjuran Bobby Charlton Soccer and Sports Academy. Pada usia 15 tahun, dia berkelana ke Sepanyol untuk menambahkan ilmu dan teknik bola sepak bersama kelab AD Colmenar.

Arlando kemudiannya pulang ke Malaysia pada 2013 dan di pertemukan dengan Abbas Saad dan bekas pemain Liga S, Peter de Krester yang merupakan rakan ayahnya untuk menghadiri sessi trial bersama ATM di bawah kendalian B. Sathianathan. Atas nasihat Abbas Saad dan Peter de Krester, Arlando di terima oleh ATM. 

'Abbas Saad dan Peter de Krester menyarankan saya untuk berlatih di bawah kendalian coach Sathia kerana reputasinya dalam pembangunan pemain muda.' katanya.

Bagaimanapun, semasa menandatangani kontrak bersama ATM Arlando mendapati dia sukar untuk bermain di Liga M kerana peraturan FAM yang mengkehendaki pemain mestilah warganegara Malaysia dan jika pemain import, pemain itu mestilah beraksi sekurang-kurangnya di liga kedua di dalam negara mereka.

Arlando yang pernah bermain bersama kelab AD Colmenar hanya beraksi di liga ketiga di Sepanyol dan tidak menepati piawaian FAM.

Arlando begitu kecewa kerana tidak dapat beraksi bersama Marlon dan juga Bruno yang mempunyai kelas tersendiri.

Abbas Saad dan Peter de Krester kemudiannya menolong Arlando untuk menghadiri sessi trial bersama Balestier Khalsa dan akhirnya dia di terima.

Arlando sangat berterima kasih kepada Sathianathan kerana memberikannya peluang semasa bersama ATM.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget