Friday, October 10, 2014

Pemain Selangor kena 'basuh' dengan penyokong sendiri.

Dalam kerancakkan bahana FAM buat lawak dengan mengubah jadual perlawanan, tidak terkecuali cerita-cerita lain yang tak kurang hebatnya, terutamanya Selangor.

Nak dijadikan cerita, Selangor telah kalah dengan pasukan Felda United dengan jurang perbezaan gol yang sangat besar, 4 gol. Bagi aku, misi 33 kini menjadi misi yang agak mustahil untuk pasukan Selangor untuk menjaringkan sekurang-kurangnya 5 gol bagi melayakkan mereka ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia.


Baru-baru ini, aku pun terkejut dengan tindakan drastik yang dilakukan oleh peminat-peminat setia Selangor yang menerjah masuk ke padang latihan SUK. Boleh tahan jugak isunya, tapi sebelum aku nak mengulas lebih lanjut, ada baiknya korang tengok video yang mana pemain Selangor kena basuh dengan peminat mereka sendiri.


Apapun, aku ucapkan tahniah kepada peminat Selangor. Mereka betul-betul sayangkan pasukan mereka. Jadi sekarang, apa sebenarnya isu yang berbangkit?

Cuba korang baca apa yang Utusan cuba highlightkan kat sini..
Bukan tidak mahu beri namun tertangguh atas faktor teknikal, itu jawapan yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) terhadap dakwaan bonus atas kejayaan melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia sebanyak RM20,000 yang masih belum diberikan kepada para pemain.
Berdasarkan salah satu sumber daripada FAS yang enggan mendedahkan namanya, segelintir para pemain Selangor dilihat seperti terlalu manja sambil seolah-olah terlupa pemberian bonus yang mereka nikmati selama ini, malah turut mendapat imbuhan biarpun hanya mencatat keputusan seri.
Sumber itu turut menyatakan hampir RM1 juta bonus telah diberikan kepada para pemain sepanjang tahun ini dan mengakui dia berasa kecewa jika alasan bonus RM20,000 yang lewat dibayar menjadi punca mengapa The Red Giants sanggup menggadai maruah dengan tewas 0-4 kepada pasukan yang beraksi di Liga Perdana, Felda United.
"FAS sama sekali tidak berniat untuk tidak memberikan bonus RM20,000 berkenaan, cuma ia tertangguh buat seketika atas faktor-faktor teknikal dan mereka akan dapat juga bonus berkenaan nanti bila sampai masanya.
"Setakat hari ini, FAS telah membayar hampir RM1 juta bonus kepada pemain dan itu tidak termasuk RM400,000, wang kemenangan atas berjaya muncul naib juara Liga Super yang telah diagihkan dalam kalangan pemain.
"Di sini saya harap semua pihak dapat membuat penilaian sejauh mana kebajikan para pemain Selangor telah dijaga oleh FAS selama ini dan perlu atau tidak unsur-unsur sabotaj sebegini perlu ada dalam pasukan?
"Perlu atau tidak, hanya satu pemberian bonus yang lambat maka maruah pasukan digadaikan begitu sahaja dan mereka yang terlibat patut berasa malu dengan para penyokong setia Selangor yang telah menghabiskan masa, wang dan tenaga turun ke Stadium Shah Alam," jelas sumber berkenaan ketika menghubungi Utusan Malaysia, semalam.
Tambah sumber berkenaan, para pemain Selangor tidak pernah lewat mendapat gaji yang ditetapkan iaitu sebelum 7 haribulan, malah Timbalan Presiden FAS, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad sentiasa memastikan gaji pemain akan diberikan antara 28 haribulan hingga 5 haribulan.
"Para pemain sepatutnya bersyukur kerana soal gaji mereka sering kali tidak bermasalah seperti mana yang dihadapi sesetengah pasukan lain dan FAS sentiasa memastikan gaji yang diterima mereka sentiasa mengikut masa yang ditetapkan.
"Apa yang berlaku pada masa sekarang menjadi satu hikmah tersendiri buat Selangor dalam menilai siapa pemain yang ada kesungguhan dan siapa pula yang tidak bagi komitmen bersama pasukan pada musim hadapan," katanya.
Laporan Utusan Malaysia, semalam menyatakan terdapat sesetengah pemain gagal menampilkan persembahan sebenar apabila pemberian bonus sebanyak RM20,000 yang dijanjikan selepas melayakkan diri ke saingan suku akhir Piala Malaysia masih belum dilunaskan.
Situasi tersebut menyebabkan moral mereka kurang bersemangat sebelum menghadapi Felda United, baru-baru ini yang menyebabkan Selangor dibelasah 0-4 oleh naib juara Liga Perdana itu.
Isunya, duit dan bonus. Entahlah. Susah nak cakap sikit kalau cita pasal duit nie. Aku pun selalu ada isu nie.Tapi kalau kita nak cerita pasal duit, sampai esok pun tak selesai. Dengan minyak naik 20sen, GST lagi tahun depan, memang penin dok ulas.  Tapi pasal pasukan Selangor ini,aku pun tak tahu nak komen lebih-lebih. Nanti kena akta Hasutan pulak kan...
 
Hahahhahaha


 
Aku sebenarnya tertarik dengan kenyataan akhbar yang mengatakan ada pemain-pemain yang telahpun dipancing ke JDT, dan kini masih bersama Selangor. Tahap permainannya, ala kadar. Pergh.... Sapa tak bengang kalau ada orang macam tue. Aku pun sure turun padang bersama-sama gerombolan peminat Selangor tadi. Malah, sekarang di laman-laman sosial, masing-masing mempersoalanlan perkara ini.



 
Aku juga membaca komen-komen di laman-laman sosial. tah betul, entah tidak, aku pun tak tahu. So, apa yang aku dapat simpulkan, wujud beberapa perkara yang kita boleh sama-sama tengok dengan jelas, dan yang pasti, buat masa ini, tiada unsur RASUAH....

Yang paling best, poster yang dikeluarkan sendiri oleh geng-geng Ultras yang menggambarkan keadaan Selangor FC sekarang. Tagline, Lu Sial, Lu Siap.... Memang aku respek geng-geng nie. kreatif dan luahan diceritakan dalam bentuk poster untuk pasukan tercinta.


Untuk penyokong Selangor, korang jangan emosional sangat. Rileks, dan bawak bertenang. Walaupun defisit gol yang banyak, tapi bola itu bulat. Macam-macam boleh jadi. Dan perjuangan belum selesai, tapi yang aku pasti, game Felda dengan Selangor nie mesti best. Apa tidaknya, pemain-pemain Selangor dah kena gegar, baru diorang tahu langit tinggi rendah kan...

Hahahaha..
 
Info terakhir. Untuk pengetahuan korang semua, Felda United tidak pernah melepaskan 4 gol dalam satu-satu perlawanan musim ini. Rekod bolos terbesar hanya ketika menentan PDRM yang berkesudahan 3-3. So, aku doakan yang terbaik kepada Selangor. 

Viva Selangor Viva

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget