Friday, October 10, 2014

FAM baru nak buat kerja. Wakil Terengganu dan Johor dipanggil ke Wisma FAM hari ini.

Bila dah bising, dah kecoh sehingga sampai tahap nak memboikot perlawanan, FAM baru nak buat kerja. Apalah nasib bola sepak Malaysia. Apapun, aku bersetuju dengan tindakkan FAM yang mahu menyelesaikan masalah ini, walaupun pada hakikatnya, sangat-sangat lambat. So kita tunggulah hasil perbincangan dan mesyuarat nanti. Malas nak buat spekulasi, tapi aku rasa akan berlaku lagi perubahan tarikh perlawanan. tak percaya, korang tunggu lah. Sama ada diawalkan sebelum 17hb tue atau perlawanan separuh akhir dilewatkan.

Hahhahahah...
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi jaminan akan menyelesaikan secara baik isu penangguhan tarikh perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Terengganu dan Johor Darul Ta'azim (JDT), esok (hari ini).

Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata Jawatankuasa Eksekutif FAM memutuskan wakil daripada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) perlu hadir di Wisma FAM.

"Kedua-dua pihak akan diberi peluang (menyuarakan pandangan) dalam perbincangan esok," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Exco di Wisma FAM dekat sini pada Khamis.

Perlawanan tersebut sepatutnya berlangsung Sabtu ini, namun ditunda kepada 17 Okt ini apabila Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM bersetuju dengan alasan yang dikemukakan oleh JDT dalam permohonannya.

Dua alasan yang diberikan JDT ialah pemainnya, Hariss Harun terlibat dengan perlawanan persahabatan antarabangsa mewakili Singapura bertemu Hong Kong pada 10 Okt dan Stadium Larkin dibaik pulih.

Sementara itu, Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menafikan dakwaan bahawa penundaan tarikh perlawanan tersebut adalah disebabkan 'berat sebelah', sebaliknya untuk memberi laluan kepada skuad kebangsaan menjalani latihan.

"Tujuan kita memanggil kedua-dua pihak adalah untuk kita bermesyuarat secara baik supaya kita dapat cari satu penyelesaian... kita tidak mahu mana-mana pihak menuduh yang bukan-bukan.

"Penukaran tarikh ini adalah semata-mata untuk memberi peluang kepada persiapan pasukan kebangsaan kita dan bukan mahu menukar dengan sewenang-wenangnya," titah Tengku Abdullah yang mempengerusikan mesyuarat itu.

Baginda bertitah selepas menghadiri mesyuarat pasukan kebangsaan baru-baru ini, baginda menerima banyak aduan bahawa tempoh latihan skuad kebangsaan tidak mencukupi.

-- BERNAMA


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget