Wednesday, August 20, 2014

Kasut bola lagenda Malaya...

Aku tak tahu kalau korang pernah pakai ker tak kasut bola nie, tapi aku memang selalu pakai. Sampai hancur bro aku belasah. Dulu kitaorang panggil kasut nie 'boot kicap' atau 'bot toyu'. memang murah dah ringan. yang paling menarik, selesai untuk kaki tue bro. Ikut bentuk kaki pulak tue.

Tapi, kasut nie macam sudah dilupakan. Sememangnya kasut ini tiada kelas atau brand, tapi apa yang aku boleh katakan, kerana ada kasut-kasut macam ini lah bola sepak Malaysia membangun. Kalau korang nak beli kasut nie dekat kawasan-kawasan elite macam Damansara ker, Pavilion ker, Mid Valley ker, OU ker, kerat jari, mesti korang tak jumper punya. Aku berani gerenti.

Hahahahha...

Sekarang nie, kalau korang nak cari kasut nie, sebenarnya boleh lagi jumpa, tapi dikawasan-kawasan pekan kecil-kecil yang berhampiran dengan estate-estate, ladang-ladang. Masih digunakan, tapi kebanyakkan untuk berkebun dan berladang.

Tiba-tiba aku teringat zaman kegemilangan aku semasa pakai kasut nie masa sekolah dulu-dulu.
hahahahahha...

-luis Garcia-








Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget