Hari ni ramai yang tanya aku, midfield atau pemain tengah dalam bola sepak ni ada macam-macam jenis ke? Macam mana nak bezakan pemain-pemain ini? Rasa terpanggil jugak untuk explain secara ringkas untuk kali ini.
Attacking midfelder, Box-to-box midfielder, Anchorman adalah antara istilah yang digunakan untuk merujuk kepada fungsi pemain tengah/midfielder. Bola sepak moden sekarang kebanyakannya selalu menggunakan 3 jenis pemain tengah ini.
Ada pelbagai formasi untuk set up game play bagi midfielders. Itu juga terpulang kepada jurulatih. Untuk kali ini, aku rasa nak tumpu pada 2 formasi midfield ini, iaitu dalam posisi midfield dalam 4-3-3/4-1-4-1 dan 4-2-3-1.
Posisi 4-3-3/4-1-4-1 akan menyediakan 3 pemain midfield yang mana 2 central midfield (CM) akan bergerak dan mengawal permainan, manakalah central defensive midfielder (CDM) akan bergerak sendiri bertujuan untuk melindungi pemain pertahanan dan mematikan serangan pasukan lawan secara efektif. Contoh kelab yang menggunakan formasi ini adalah Arsenal dan Bayern Munich.
Centre defensive midfielder juga mempunyai gelaran lain seperti Holding Midfielder dan juga Anchorman. Contoh pemain yang bermain di CDM adalah Nemanja Matic dan Javi Martinez.
Posisi 4-2-3-1 pula akan menyediakan 3 midfielder yang berlainan fungsi dan tugas, iaitu Centre defensive midfielder, Box-to-box midfielder dan Centre attacking midfielder. Contoh pasukan yang menggunakan formasi ini adalah Manchester City dan Chelsea.
Box-to-box midfielder adalah pemain tengah yang versatil yang mampu membantu membuat serangan dan pertahanan. Dalam masa yang sama pemain tengah ini juga sanggup berulang alik dari atas ke bawah untuk melindungi dan mematikan tempo permainan lawan. Biasanya box-to box midfielder ini adalah nadi dalam satu pasukan bola sepak. Contoh terbaik adalah Yaya Toure dan Arturo Vidal.
Centre attacking midfielder (CAM), atau dipanggil 'no 10' dalam pasukan adalah playmaker terbaik dalam pasukan. Berperanan penting semasa menyerang, membuat key passes kepada striker, dan juga membuka permainan supaya pertahanan lawan menjadi terbuka dan memudahkan serangan. Contoh pemain adalah Andreas Iniesta dan Mesut Ozil.
Sebenarnya banyak lagi istilah-istilah yang digunakan tapi bagi aku yang ini sajalah buat masa ni. Apa-apa pun, Majulah sukan untuk Negara. (Incheon-2014)
-bergkamp-
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop