Thursday, October 9, 2014

Terengganu boikot Piala Malaysia, FAM nganga sahaja...


Masih panas. kira-kira satu jam yang lalu. Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dilihat tidak lagi mahu berkompromi dalam isu jadual suku akhir Piala Malaysia lagi dan hasil dari mesyuarat tadi, mereka telah bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pindaan jadual perlawanan suku akhir Piala Malaysia pada 17 Oktober nanti.


Malah keputusan mesyuarat tersebut telahpun tersebar di laman-laman media sosial mengenai perkara ini. Kami di Stylo Sport mengambil beberapa keratan printscreen daripada laman sosial rasmi PBSNT sendiri mengenai perkara ini.





Malah, fb Sukan Star juga dilihat memhebahkan perkara yang sama. Sukan Star dilihat mengambil keputusan untuk bersama-sama PBSNT dan bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh persatuan tersebut.


 Sepertimana yang aku cakap tadi, FAM masih tidak memainkan peranan mereka sebagai badan induk bola sepak Malaysia. FAM seolah-olah menjadi kayu dan membiarkan perkara ini berlarutan. Sekarang, kita tunggu apa nak jadi dengan sekarang.

Ok, boleh beli pop corn sambil minum air sirap. Kita tengok taichi FAM pasnie.. Serius aku ternanti-nanti. Yang pasti, jika perlawanan tersebut diteruskan pada 17 Oktober 2014, JDT menang percuma.

Sekian.





Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget